Pengikut dan Ex-smgrian

Wednesday, October 31, 2012

Sarapan harus kaya protein

Penyelidik dari Universiti Missouri mendapati seseorang yang mengambil sarapan sihat terutamanya makanan yang tinggi protein meningkatkan rasa kenyang dan mengurangkan rasa lapar sepanjang hari.

Di samping itu, para pengkaji meneliti aktiviti otak dengan menggunakan pengimbas fungsi resonans magnetik (FMRI) mendapati sarapan yang tinggi kandungan protein mengurangkan signal otak menghantar rasa lapar kepada seseorang yang mendorong mereka untuk makan.

Menurut Pembantu Profesor di Jabatan Fisiologi dan Nutrisi Universiti Missouri, Heather Leidy, semua orang tahu betapa pentingnya sarapan tetapi ramai yang tidak mengambil sarapan.

Kajian itu memberikan bukti tambahan bahawa sarapan merupakan strategi yang bernilai untuk mengawal selera dan pengambilan makanan.

Tambahan pula, jika tidak mengambil sarapan, seseorang itu akan mengambil snek yang tidak sihat dan makan berlebihan pada waktu malam seterusnya boleh menambah berat badan.

-Kosmo!

No comments: