Pengikut dan Ex-smgrian

Tuesday, October 30, 2012

Pokok poplar untuk antioksida

Antioksida merupakan elemen popular dalam krim-krim pencegah penuaan kulit dan kini saintis menemui sumber baharu untuk tujuan tersebut.

Kajian yang diterbitkan dalam Journal of Agricultural and Food Chemistry mendapati tunas daun pokok poplar (Populus tremula) merupakan sumber baharu bagi mencegah penuaan kulit.

Penyelidik, Xavier Vitrac dan rakan-rakan mendapati tunas daun tersebut boleh merawat pelbagai masalah kesihatan seperti selsema, sinusitis, selaran matahari dan artritis.

Bahan-bahan yang dijumpai dalam sarang lebah iaitu propolis, yang berkemampuan melawan penyakit, juga didapati pada tunas daun poplar.

Kajian tersebut menemui ekstrak tunas poplar mempunyai aktiviti antioksida yang sederhana dan ia menunjukkan kesan antipenuaan pada sel di dalam makmal.

Sifat antioksida itu menunjukkan ia berpotensi untuk digunakan dalam kosmetik.

-Kosmo!

No comments: