Pengikut dan Ex-smgrian

Wednesday, October 24, 2012

Strawberi lindungi perut

Dalam satu eksperimen terhadap tikus, penyelidik Eropah membuktikan bahawa pengambilan strawberi mengurangkan kesan tidak baik akibat pengambilan alkohol yang boleh menjejaskan membran mukus perut.

Disiarkan dalam jurnal terbuka Plos ONE, kajian tersebut kemungkinan dapat memperbaiki rawatan ulser perut.

Sepasukan penyelidik dari Itali, Serbia dan Sepanyol mengesahkan kesan perlindungan daripada strawberi dalam perut mamalia yang telah terjejas akibat pengambilan alkohol.

Saitis telah memberikan etanol kepada tikus makmal dan berdasarkan kajian yang disiarkan dalam Plos ONE, membran mukus perut tikus yang diberikan ekstrak strawberi kurang terjejas berbanding tikus yang tidak diberikan ekstrak strawberi.

Penyelidik di Univerisiti Barcelona, Sara Tulipani menjelaskan kesan positif strawberi bukan sahaja ada kaitan dengan kapasiti antioksida dan kandungan tinggi pada kompaun fenolik malah ia mengaktifkan ketahanan antioksida dan enzim dalam badan.

Kesimpulan yang dilakukan daripada kajian tersebut menyatakan diet strawberi mampu memberikan kesan baik bagi mengelakkan penyakit gastrik.

Buah itu mampu mempertahankan pembentukan ulser perut pada manusia.

-Kosmo!

No comments: