Pengikut dan Ex-smgrian

Friday, October 12, 2012

Kesan penyakit berjangkit pada otak

Selain faktor genetik dan pelajaran, para saintis dari Universiti New Mexico, Amerika Syarikat telah membuat analisis serta menemui bahawa pendedahan kepada penyakit berjangkit boleh memberi kesan kepada kekuatan otak.

Itu berlaku kerana manusia terutama kanak-kanak bergantung kepada aliran tenaga ke otak tetapi jika terdapat penyakit, ia akan mengambil tenaga tersebut dan tahap kecerdikan boleh terjejas.

Dipetik daripada majalah Scientific American, salah seorang penyelidik, Christopher Eppig berkata, bukti menunjukkan ia adalah penyebab utama berlaku variasi kepandaian manusia di bumi.

"Negeri-negeri di Amerika yang mempunyai purata lima bacaan IQ terendah mempunyai tahap jangkitan penyakit tertinggi berbanding negeri yang mempunyai purata lima bacaan IQ tertinggi manakala perhubungan mereka adalah baik," ulasnya.

Harapannya, dengan hipotesis yang dikeluarkan oleh pasukan penyelidiknya dapat membantu orang ramai untuk meningkatkan tahap IQ seluruh dunia secara efisyen.

-Kosmo!

No comments: