Pengikut dan Ex-smgrian

Wednesday, October 10, 2012

Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (NCSM)

1966

Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (NCSM) diasaskan oleh Datuk Dharmalingam.

NCSM menyediakan Pusat Pemeriksaan Sitologi dan memperkenalkan ujian Pap Smears pertama di Malaysia.

Hasilnya berlaku penurunan pengesan kanser servik pada peringkat akhir pada tahun 1980-an.


1971

NCSM memulakan pendaftaran pesakit kanser kebangsaan, ia kemudian diserahkan kepada kerajaan.

Dalam 1970-an, NCSM melancarkan perkhidmatan penjagaan paliatif di cawangan Sarawak dan Pulau Pinang.


1983

NCSM menyediakan Pusat Pemeriksaan Kanser Payudara, mamografi pertama di Asia Tenggara.


1989

NCSM membuka Pusat Rawatan Kanser yang tidak berasaskan keuntungan bagi menjadi pelengkap perkhidmatan rawatan yang disediakan oleh kerajaan.


1998

NCSM menjadi Pusat Perubatan Nuklear pertama bukan kerajaan di Malaysia yang bertujuan untuk membantu penyiasatan dan rawatan kepada kanser.


2003

Buat pertama kali NCSM menyediakan pusat sokongan berasaskan holistik untuk pesakit kanser.

-Kosmo!

No comments: