Pengikut dan Ex-smgrian

Thursday, August 16, 2012

Obesiti

Obesiti ialah berlebihan berat badan atau kegemukan. Ia berpunca daripada pengambilan kalori lebih daripada yang diperlukan oleh badan.

Tabiat makan yang tidak sihat seperti makan makanan berminyak dan karbohidrat tinggi juga menyumbang kepada obesiti.

Tidak melakukan aktiviti fizikal dan senaman secara berkala.

Obesiti juga berpunca daripada faktor keturunan, genetik dan pengambilan ubat.

Mereka yang obes memiliki indeks jisim badan (BMI) melebihi 30 bagi lelaki dan wanita berusia 18 tahun ke atas.

Obesiti dikaitkan dengan risiko penyakit kencing manis atau diabetes, penyakit jantung, darah tinggi, paras kolesterol tinggi, strok, masalah pernafasan, komlikasi sendi dan tulang seperti osteoarthritis, masalah sukar tidur, kemurungan dan boleh bertambah gemuk apabila umur meningkat.

Rawatan obesiti

Lebihkan buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin (serat tinggi) dalam menu diet setiap hari.

Kurangkan makanan bergoreng dan makanan berkabohidrat tinggi.

Lakukan aktiviti fizikal mudah seperti menaiki tangga, berjalan kaki, berkebun dan sebagainya. Henti pengambilan minuman manis dan minuman bergas.

Dapatkan nasihat pakar pemakanan dan doktor.

-Kosmo!, www.infosihat.gov.my

No comments: