Pengikut dan Ex-smgrian

Friday, August 17, 2012

Kompleks Istana Negara

Kompleks Istana Negara ialah Istana Negara baharu yang merupakan tempat bersemayam Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong menggantikan Istana Negara yang terletak di Jalan Istana, Kuala Lumpur.

Kompleks tersebut terletak di sebuah kawasan seluas 97.65 hektar berhampiran laluan Jalan Duta, Jalan Hartamas dan Jalan Changkat di Kuala Lumpur.

Terdapat tiga laluan masuk utama iaitu di Jalan Duta, Jalan Hartamas dan Jalan Changkat Semantan.

Pembinaan Istana Negara baharu direalisasikan pada tahun 2006 ketika pemerintahan Yang di-Pertuan Agong ke-12, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalulail.

Kompleks Istana Negara ini bernilai RM800 juta dan siap dibina pada bulan September 2011.

Kompleks Istana Negara menggabungkan falsafah seni bina tradisional Melayu, Islam dan Eropah. Kompleks itu dibahagikan kepada beberapa ruang utama seperti Lobi Utama, Sayap Formal, Sayap Diraja, Sayap Pentadbiran dan Sayap Fasiliti Sokongan.

Komponen Sayap Formal menempatkan Balairong Seri, bilik-bilik menunggu sebelum upacara menghadap, Dewan Bankuet, Bilik Mesyuarat Majlis Raja-Raja dan Bilik Penyerahan Watikah perlantikan duta-duta.

Sayap Diraja pula menempatkan bilik peraduan, persiraman, ruang rehat dan santapan Yang di-Pertuan Agong dan kerabat Seri Paduka serta bilik untuk tetamu-tetamu diraja.

Komponen Pentadbiran menempatkan Pejabat Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Pejabat Datuk Paduka Maharaja Lela, Bahagian Urusan Diraja, Bahagian Istiadat, Bahagian Pentadbiran, Bahagian Agama serta Bahagian Juruiring yang menjadi nadi istana itu.

Turut disediakan ialah sebuah surau yang mampu memuatkan 1,000 jemaah untuk kemudahan tetamu dan kakitangan Istana Negara.

Kemudahan lain yang terdapat di Istana Negara seperti bangunan sokongan, pejabat keselamatan, jalan masuk bertingkat dari Jalan Duta, dataran pelawat, tempat meletak kenderaan bawah tanah, dewan serbaguna, lif, eskalator, bilik rawatan dan tapak pendaratan helikopter.

Terdapat 22 buah kubah secara keseluruhan di kompleks itu. Dua kubah utama yang terbesar bermotifkan daun sirih bertindih dan uniknya pada waktu malam kesan cahaya daripada lampu hiasan yang menerangi kubah berkenaan akan menghasilkan pemandangan sangat cantik dan indah.

Terdapat 114 lampu candelier yang digunakan dihasilkan di kilang di Kuala Selangor.

Mempunyai 1,009 tempat meletak kenderaan.

Ruang Singgahsana mempunyai ukiran tradisional Melayu dengan tulisan khat 99 nama Allah dan ayat suci al-Quran.

Lobi utama terdapat lapan buah lukisan abstrak memaparkan sejarah negara sejak Kesultanan Melayu Melaka sehingga kini.

sumber: Kosmo!

No comments: