Pengikut dan Ex-smgrian

Wednesday, August 15, 2012

Gemar layari laman sosial punca bercerai

Gemar melayari laman sosial berlebihan serta pengaruh rakan-rakan menjadi punca utama perceraian melibatkan pasangan muda yang berusia dalam lingkungan 21 hingga 30 tahun.

Rekod Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) mendapati tempoh perkahwinan pasangan terbabit adalah sekitar satu hingga lima tahun.

Menurut Norzli Mat (Pengarah Unit Pendaftaran Rekod, Nikah, Cerai dan Rujuk JHEAIPP), trend perceraian golongan muda semakin membimbangkan kerana kebanyakan mereka pada peringkat awal membina keluarga.

Sehingga November 2011, jumlah kes perceraian pasangan yang direkodkan adalah sebanyak 854 pasangan manakala jumlah keseluruhan sepanjang tahun 2010 adalah sebanyak 1,185 kes.

Punca utama adalah kurang persefahaman, masalah kewangan dan pasangan dilaporkan terlalu kerap melayari laman sosial selain pengaruh rakan.

Ada juga segelintir pasangan muda yang bersikap seperti orang bujang dengan lebih banyak menghabiskan masa di luar rumah sehingga mengabaikan rumahtangga masing-masing.

-Kosmo 23 November 2011

No comments: