Pengikut dan Ex-smgrian

Tuesday, August 14, 2012

Diabetes

Terdapat dua jenis diabetes iaitu Diabetes Jenis 1 dan Diabetes Jenis 2.

Diabetes Jenis 1
  • Biasanya berlaku pada kanak-kanak dan remaja
  • Badan tidak menghasilkan insulin
  • Banyak dihidapi oleh masyarakat Barat atas faktor genetik
  • Pesakit boleh hidup normal selagi mereka menerima suntikan insulin tetapi boleh maut sekiranya tidak mendapat suntikan insulin dalam tempoh yang agak singkat.
  • Berpunca apabila sistem imunisasi badan memusnahkan sel beta kelenjar pankreas iaitu sel yang menghasilkan hormon insulin yang digunakan untuk penghadaman gula (glukosa) kepada tenaga.

Diabetes Jenis 2
  • Sebanyak 90 hingga 95 peratus kes diabetes di Malaysia adalah Diabetes Jenis 2
  • Pankreas menghasilkan kuantiti insulin yang mencukupi
  • Pesakit biasanya mempunyai tahap kolesterol yang tinggi, hipertensi dan obesiti
  • Berisiko menghidap penyakit kardiovaskular
  • Berpunca daripada gaya hidup tidak sihat, obesiti, diabetes gestasi (diabetes semasa mengandung), sejarah keluarga dan berumur lebih 40 tahun.

Kelaziman penyakit diabetes dalam kalangan penduduk di negara ini telah hampir berganda sejak 10 tahun lalu selaras dengan peningkatan obesiti.

Majoriti yang menghidap obesiti terdedah kepada diabetes.

Penurunan berat badan boleh membantu menguruskan Diabetes Jenis 2.

sumber: Kosmo!, pmr.penerangan.gov.my, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia

No comments: