Pengikut dan Ex-smgrian

Monday, July 2, 2012

Hypp TV

Hypp TV merupakan sebahagian daripada perkhidmatan yang diperoleh apabila melanggan jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) UniFi.

Ia adalah televisyen berbayar yang dimiliki Telekom Malaysia Berhad (TM).

Apabila melanggan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi UniFi, pengguna akan mendapat peralatan percuma iaitu telefon DECT, Residential Gateway yang bertindak sebagai router, Hypp TV Set-Top Boz dan Broadband Termination Unit.

Terdapat lebih 76 saluran yang boleh dipilih pengguna apabila menggunakan Hypp TV.

Sehingga kini, lebih 200,000 pengguna telah melanggan jalur lebar berkelajuan tinggi UniFi.

Sungguhpun perkhidmatan UniFi menggunakan jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB), Hypp TV boleh diakses melalui televisyen bagi memberi pengalaman tontonan baharu kepada pengguna.

Penyiaran kandungan dalam perkhidmatan tersebut dilakukan secara digital melalui fiber optik.

Melalui teknologi tersebut, tontonan rancangan kegemaran dapat ditonton dengan lebih pantas, jelas dan berkualiti tinggi.

Penonton juga tidak perlu lagi memuat turun rancangan kegemaran mereka kerana UniFi menggunakan medium penstriman.

Ia amat bersesuaian dengan gaya hidup pengguna pada hari ini yang inginkan sesuatu kandungan dengan lebih pantas.

Keadaan cuaca yang tidak menentu bukan lagi halangan kerana ia masih boleh beroperasi dengan baik tanpa menjejaskan kualiti siaran.

Perkhidmatan televisyen berbayar itu menggabungkan rancangan berbahasa Melayu, Inggeris, Cina dan India yang ideal buat kelompok sasaran penonton berbilang bangsa di negara ini.

Antara genre yang ditawarkan ialah fesyen, gaya hidup, berita, filem, hiburan dan percutian.

Pengguna yang melanggan perkhidmatan UniFi secara automatik akan menikmati 15 saluran percuma.

Selain daripada saluran percuma tersebut, pengguna boleh melanggan sebanyak 32 saluran perdana yang ditawarkan kepada mereka bermula pada harga RM3 sehingga RM9.

Melalui saluran perdana, pelanggan boleh mendapatkan rancangan-rancangan menarik dari saluran seperti Warner TV, iConcerts HD, BabyFirst TV, Universal Channel, MTV Live HD, BBC Lifestyle dan MUTV.

Terdapat juga 14 saluran Video On Demand yang menayangkan filem-filem pecah panggung terkini, siri terbaharu dan dokumentari terbaik.

Sebagai contoh, pengguna boleh menonton siri CSI yang cukup popular, satu jam selepas tayangan di Amerika Syarikat (AS).

Ini memberikan kelebihan kepada pengguna menikmati rancangan kegemaran mereka dengan pantas.

Bagi memudahkan lagi pengguna agar tidak ketinggalan menonton rancangan kegemaran melalui saluran ini, ia dilengkapi ciri-ciri seperti pause, rewind dan forward.

Bagi mereka yang gemar berinteraktif dan inginkan kelainan dalam tontonan televisyen, Hypp TV turut menyediakan saluran interaktif kepada pengguna.

Terdapat beberapa aplikasi menarik dan saluran interaktif yang boleh digunakan pengguna termasuk laman sosial Facebook, trymasak dan TED.

trymasak merupakan antara saluran digemari pengguna apabila mereka boleh mencuba pelbagai resipi masakan menarik.

Pengguna dapat mempelajari pelbagai teknik masakan melalui saluran tersebut tanpa memerlukan buku resepi.

Hyyp TV turut menyediakan platform kepada pengkarya tempatan mengetengahkan produk mereka.

Perkhidmatan UniFi kini ditawarkan melalui tiga pakej kediaman.

Pakej-pakej tersebut adalah VIP5 pada kadar RM149 sebulan, VIP10 pada RM199 sebulan dan VIP20 pada RM249 sebulan.

sumber: Kosmo!, Jeremy Kung - Naib Presiden Eksekutif Media Baru TM.

No comments: