Pengikut dan Ex-smgrian

Tuesday, July 3, 2012

Novel Interlok

Novel Interlok adalah hasil tulisan Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussain.

Ia diterbitkan buat kali pertama pada tahun 1971.

Interlok menceritakan tentang semangat perpaduan sesama kaum di Tanah Melayu ketika zaman penjajahan British dan sumbangan mereka kepada negara Malaysia yang merdeka.

Kisah berkisar di Pulau Pinang pada awal 1900-an ketika Tanah Melayu diperintah British.

Interlok diceritakan daripada perspektif tiga karakter utama yang dinamakan Seman, Chin Huat dan Maniam.

Novel Interlok telah dipilih sebagai bahan bacaan wajib Komponen Sastera Bahasa Melayu Tingkatan Lima (KOMSAS) pada tahun 2011.

Bagaimanapun novel Interlok menjadi mangsa keadaan apabila kandungannya dipolitikkan banyak pihak apabila dikatakan menyentuh sensitiviti kaum India seperti sistem kasta.

Pada 14 Disember 2011, Kabinet memutuskan penggunaan novel Interlok yang dijadikan teks Komsas Tingkatan Lima tidak akan diteruskan.

Novel Interlok digantikan dengan sebuah lagi karya Abdullah Hussain iaitu novel Konserto Terakhir.

Novel Konserto Terakhir pernah dijadikan teks Komsas Tingkatan Lima di Zon Dua dari tahun 2000 hingga 2010.

sumber: Kosmo!

No comments: