Pengikut dan Ex-smgrian

Tuesday, June 19, 2012

Wanita boleh kesan STD

Lelaki yang menghidap jangkitan penyakit seksual (STD) sebenarnya mengeluarkan bau badan yang berbeza dan perkara itu boleh dikesan oleh seorang wanita.

Hal tersebut disimpulkan dalam sebuah kajian yang disiarkan dalam Journal of Sexual Medicine apabila 50 peratus wanita menjelaskan bahawa mereka yang menghidap penyakit itu mempunyai bau badan yang busuk.

Dalam kajian yang dilakukan di Rusia itu, wanita-wanita tersebut telah disuruh untuk menghidu bau pakaian yang diletakkan dengan sedikit peluh 34 orang lelaki yang sebahagiannya dijangkiti gonorea lelaki normal dan mereka yang telah sembuh dari STD.

"Kajian kami mendapati bahawa sekiranya manusia mempunyai penyakit menular, ia akan mengurangkan bau yang elok daripada tubuh badan," kata seorang penyelidik di Institut Sitologi dan Genetik, Mikhail Moshkin.

Kajian itu menyimpulkan bahawa risiko jangkitan STD boleh dikurangkan apabila seseorang wanita mampu mengesan lelaki yang dijangkiti penyakit itu.

-Kosmo!

No comments: