Pengikut dan Ex-smgrian

Friday, June 22, 2012

Berjalan kurangkan selera makan

Bagi mereka yang tercari-cari kaedah untuk mengurangkan berat badan dengan mengawal pemakanan apa kata anda mencuba cara yang baharu ditemui ini.

Kajian oleh sekumpulan penyelidik di Universiti Exeter, Britain mendapati mereka yang melakukan senaman dengan berjalan cepat mampu untuk mengurangkan separuh nafsu makan.

Dalam kajian ke atas 78 orang mendapati mereka yang terdiri daripada kumpulan yang melakukan aktiviti berjalan di mesin treadmill yang diberikan coklat mengambil makanan itu dalam kuantiti yang lebih sedikit berbanding mereka yang tidak melakukan aktiviti itu.

Ketua penyelidik, Adrian Taylor menjelaskan bahawa mereka yang melakukan aktiviti berjalan cepat mampu mengurangkan penghasilan hormon endorfin pada otak.

-Kosmo!

No comments: