Pengikut dan Ex-smgrian

Friday, June 1, 2012

Menteri Besar Perak





Menteri Besar Perak ialah orang yang bertanggungjawab mentadbir negeri Perak. Setakat ini Perak telah ditadbir oleh 11 orang Menteri Besar. Berikut ialah senarai Menteri Besar yang pernah mentadbir negeri Perak:


1. Datuk Panglima Bukit Gantang Haji Abdul Wahab bin Toh Muda Abdul Aziz menjadi Menteri Besar Perak dari 1 Februari 1948 hingga 1 Ogos 1957. Beliau mendapat gelaran Orang Kaya-kaya Dato' Panglima Bukit Gantang dari Pembesar Perak Empat. Beliau merupakan anak Melayu yang pertama dapat melanjutkan pelajaran ke England.

2. Tan Sri Mohamed Ghazali bin Jawi menjadi Menteri Besar Perak kedua dari 1 Ogos 1957 hingga 16 April 1960. Beliau menerima pendidikan di Mesir.

3. Shaari bin Shafie menjadi Menteri Besar Perak ketiga dari 16 April 1960 hingga 7 Mei 1964.

4. YAB Ahmad bin Said menjadi Menteri Besar Perak keempat dari 7 Mei 1964 hingga 18 Mac 1970.

5. Dato' Kamaruddin bin Mohd Isa menjadi Menteri Besar Perak kelima dari 18 Mac 1970 hingga 4 September 1974. Beliau kemudian dilantik oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdul Razak sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

6. Tan Sri Mohamed Ghazali bin Jawi sekali lagi memegang jawatan Menteri Besar Perak setelah Dato' Kamaruddin bin Mohd Isa menjadi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Beliau menjadi Menteri Besar Perak keenam dari 4 September 1974 hingga 1 Oktober 1977.

7. Wan Mohamed bin Wan Teh menjadi Menteri Besar Perak ketujuh dari 1 Oktober 1977 hingga 1 Mac 1983.

8. Tan Sri Dato' Seri Diraja Ramli bin Ngah Talib menjadi Menteri Besar Perak kelapan dari 1 Mac 1983 hingga 3 Disember 1999. Beliau kemudian menjadi Yang di-Pertua Dewan Rakyat Malaysia dari 22 November 2004 hingga 27 April 2008.

9. Dato' Seri Diraja Mohd Tajol Rosli Mohd Ghazali menjadi Menteri Besar Perak ke-9 dari 3 Disember 1999 hingga 10 Mac 2008. Beliau adalah anak kepada Tan Sri Mohamed Ghazali bin Jawi yang pernah menjadi Menteri Besar Perak.

10. YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin menjadi Menteri Besar Perak ke-10 dan yang pertama dari parti pembangkang iaitu PAS. Beliau menjadi Menteri Besar Perak dari 13 Mac 2008 hingga 6 Februari 2009.

11. Dato' Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menjadi Menteri Besar Perak terkini. Beliau mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar pada 6 Februari 2009.

sumber: wikipedia.

No comments: