Pengikut dan Ex-smgrian

Thursday, May 31, 2012

Tiga pemimpin korup yang disebutkan dalam al-Quran

Selain Abu Jahal, al-Quran juga menyebut beberapa pemimpin korup yang tidak bermaruah sehingga merosakkan negara, memecah belahkan masyarakat dan kesengsaraan kepada keluarga, yang akhirnya semasa di dunia lagi telah menerima balasan azab terhadap kekejaman yang dilakukannya antaranya ialah Fir'aun, Haman dan Qarun.

Menurut Prof. Dr. Sheikh Yusuf al-Qaradhawi menjelaskan bahawa Fir'aun adalah pemerintah diktator, mempunyai bidang kuasa mutlak menghukum musuhnya sesuka hati dan mendakwa dirinya tuhan kerana meyakini tiada kuasa lain boleh menggugat pemerintahannya.

Haman pula seorang yang sentiasa berlegar mengelilingi Fir'aun menjalankan tugas untuk memperkukuhkan kekuasaan Fir'aun.

Qarun pula seorang ahli korporat yang kaya raya mengambil peluang daripada pemerintah. Beliau membantu pemerintah dengan kewangannya dengan harapan akan mengaut habuan lebih besar tanpa memperdulikan penderitaan orang lain.

Kesemua watak-watak pemimpin ini yang dirakamkan di dalam al-Quran memperlihatkan golongan yang tamak kuasa, mengejar jawatan, mengaut keuntungan dan kemewahan dunia di atas penderitaan orang lain yang akhirnya mereka ini dimusnahkan oleh Allah SWT di dunia dengan menjadi sehina-hina manusia.

sumber: e-khutbah JAKIM

No comments: