Selain Abu Jahal, al-Quran juga menyebut beberapa pemimpin korup yang tidak bermaruah sehingga merosakkan negara, memecah belahkan masyarakat dan kesengsaraan kepada keluarga, yang akhirnya semasa di dunia lagi telah menerima balasan azab terhadap kekejaman yang dilakukannya antaranya ialah Fir'aun, Haman dan Qarun.
Menurut Prof. Dr. Sheikh Yusuf al-Qaradhawi menjelaskan bahawa Fir'aun adalah pemerintah diktator, mempunyai bidang kuasa mutlak menghukum musuhnya sesuka hati dan mendakwa dirinya tuhan kerana meyakini tiada kuasa lain boleh menggugat pemerintahannya.
Haman pula seorang yang sentiasa berlegar mengelilingi Fir'aun menjalankan tugas untuk memperkukuhkan kekuasaan Fir'aun.
Qarun pula seorang ahli korporat yang kaya raya mengambil peluang daripada pemerintah. Beliau membantu pemerintah dengan kewangannya dengan harapan akan mengaut habuan lebih besar tanpa memperdulikan penderitaan orang lain.
Kesemua watak-watak pemimpin ini yang dirakamkan di dalam al-Quran memperlihatkan golongan yang tamak kuasa, mengejar jawatan, mengaut keuntungan dan kemewahan dunia di atas penderitaan orang lain yang akhirnya mereka ini dimusnahkan oleh Allah SWT di dunia dengan menjadi sehina-hina manusia.
sumber: e-khutbah JAKIM
Pengikut dan Ex-smgrian
Thursday, May 31, 2012
Wednesday, May 30, 2012
Polis Cawangan Khas Malaya nadi menentang komunis
Pasukan Polis Cawangan Khas Malaya ketika zaman darurat sekitar tahun 1948 hingga Julai 1960 merupakan antara pihak yang telah memainkan peranan penting dalam perjuangan menentang komunis.
Pesara Polis British, Dr. Leon Comber (gambar), 88, berkata, anggota cawangan tersebut khususnya yang berketurunan Asia merupakan penggerak utama kepada pasukan itu memandangkan mereka memahami sejarah, budaya, agama dan politik masyarakat tempatan.
"Saya berpendapat, anggota Polis Cawangan Khas Malaya yang berbangsa British harus mengakui bahawa mereka terpaksa bergantung kepada kepakaran polis berketurunan Asia.
"Ini kerana, mereka sendiri tidak begitu arif tentang hal setempat sebagaimana anggota tempatan," katanya.
Mengulas lanjut, Comber yang pernah berkhidmat sebagai Ketua Cawangan Khas Johor berkata, anggota berkenaan amat memahami selok-belok politik Parti Komunis Malaya (PKM).
"Anggota cawangan itu turut melaksanakan tugas perisikan politik berkaitan PKM selain menjalankan tugas-tugas perisikan operasi untuk pasukan polis dan tentera," jelasnya.
Tambah Comber, pasukan polis itu juga menjadi penyebab utama ramai anggota komunis di negara ini berjaya ditumpaskan pada zaman darurat.
"Kejayaan itu turut didorong oleh kecekapan pentadbiran Malaya yang tidak mengamalkan rasuah serta memperoleh sokongan kuat daripada orang Melayu," katanya.
Menurut beliau, pasukan polis Amerika tidak dapat melakukannya sebaik anggota Polis Cawangan Khas Malaya semasa menentang tentera Vietnam Utara ketika perang Vietnam dari tahun 1955 hingga 1975.
"Walaupun mereka mempunyai lebih daripada 12 agensi perisikan di Vietnam, mereka saling bersaing dan menentang antara satu sama lain," katanya.
Dicuplik dari akhbar Kosmo! bertarikh 27 Februari 2012.

Tuesday, May 29, 2012
Sejarah mampu lahirkan generasi lebih gemilang
Oleh SUHANA MD YUSOP dan NOR IDAYU BOSRO
Sejarah amat penting dalam kehidupan manusia kerana ia menjadi panduan dan iktibar kepada generasi akan datang untuk memperbaiki kesilapan lalu selain membolehkan mereka mencapai kejayaan yang lebih gemilang.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, akibat tidak memahami sejarah, ada sesetengah pihak menafikan banyak perkara termasuk yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.
Menurutnya, asas perpaduan di negara berbilang kaum seperti Malaysia adalah memahami, menghayati dan memanfaatkan sejarah.
"Rukun Negara, lagu kebangsaan Negaraku, pengisytiharan kemerdekaan, semuanya adalah dokumen sejarah yang seharusnya dijadikan ejen memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia," katanya ketika berucap merasmikan Kolokium Sejarah Malaysia di Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur.
Rais memberitahu, tindakan sesetengah pihak yang menyanjung pimpinan Parti Komunis Malaya (PKM) seperti Chin Peng dan Rashid Maidin sebagai wira yang harus diberi penghormatan dan diberi tempat di dalam masyarakat boleh disanggah dengan kajian serta penyellidikan ahli sejarah tempatan.
Ujarnya, menurut kajian yang dilakukan pensyarah UM, Dr. Ho Hui Ling dalam kertas penyellidikannya bertajuk Suasana Di Tanah Melayu Pada Zaman Darurat 1948-1960 - Satu Tinjauan, ribuan anggota keselamatan dan orang awam telah dibunuh oleh PKM.
"Menurut Hui Ling, seramai 1,865 anggota keselamatan dibunuh dan 2,560 lagi dicederakan. Ini tidak termasuk bilangan besar orang awam yang dibunuh oleh mereka di kampung-kampung tradisional," katanya.
Jelas beliau, kewajaran agar Chin Peng dan rakan-rakannya diberikan pengampunan tidak timbul kerana pimpinannya telah bergelumang dengan keganasan yang mengakibatkan pembunuhan ribuan manusia dan kemusnahan harta benda yang teruk.
"Persoalannya adalah, kenapa masih ada pihak yang merasakan bahawa pimpinan pengganas Komunis Malaya itu harus dimaafkan dan diberi tempat semula di dalam masyarakat?
"Walau apa pun justifikasi yang boleh dikemukakan oleh penyokong Chin Peng dan rakan-rakannya pada hari ini, faktanya tetap bahawa mereka adalah musuh negara dan bangsa Malaysia," katanya.
Cadangan Resolusi Kolokium Sejarah Malaysia
Dicuplik dari akhbar Kosmo bertarikh 27 Februari 2012.

- Institusi Raja perlu dipertahankan sebagai teras pentadbiran negara.
- Tunku Abdul Rahman sebagai Bapa Kemerdekaan negara tidak perlu dipertikaikan lagi.
- Memperkukuhkan patriotisme dan jati diri rakyat Malaysia melalui sejarah atau warisan negara.
- Menghargai peranan dan sumbangan patriot dan pasukan keselamatan dalam memperjuang serta mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara.
- Mengembalikan martabat Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu untuk menyatupadukan rakyat Malaysia sesuai Konsep 1Malaysia.
- Memperkasakan pengajian sejarah dan warisan dalam kursus wajib universiti di institusi pengajian tinggi awam/institusi pengajian tinggi swasta.
- Guru bukan opsyen Sejarah mengajar subjek Sejarah menyebabkan pelajar kurang faham dan minat. Bilangan guru Sejarah dicadangkan untuk ditingkatkan selaras dengan dasar kerajaan yang mewajibkan lulus Sejarah peringkat Sijil Pelajaran Malaysia bermula 2013.
Dicuplik dari akhbar Kosmo bertarikh 27 Februari 2012.
Monday, May 28, 2012
Laksa goreng Kuala Kangsar
KUALA KANGSAR di Perak sememangnya terkenal dengan laksa kuala sejak tahun 1950-an lagi hinggakan sebuah kampung di bandar diraja itu dinamakan Kampung Laksa. Salah satu jenama terkenal di sini ialah laksa Pak Ngah. Perniagaan yang diwarisi oleh empat generasi itu kini diusahakan oleh Mohd. Rizman Mohamad Tajidi, 36.
"Perniagaan ini dimulakan sejak lebih 60 tahun lalu oleh moyang saya yang dikenali sebagai Pak Ngah. Dia sekadar menjaja laksa ke sekitar kampung dengan menunggang basikal.
"Namun, sekarang laksa Pak Ngah dibekalkan hingga ke Ipoh, Lenggong, Chemor dan Sungai Siput," kata Rizman.
Beliau memberitahu, keluarga Sultan Perak, Sultan Azlan Shah merupakan penggemar laksa Pak Ngah begitu juga bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib.
"Tetapi apa yang lebih membanggakan saya ialah kaum Cina juga semakin ramai yang suka makan laksa kuala. Boleh dikatakan setiap kali perayaan Tahun Baru Cina, restoran kami akan dipenuhi kaum itu sehingga bilangan kerusi dan meja makan perlu ditambah," ujarnya sambil menambah, pelancong Eropah yang pasangan mereka berketurunan Cina juga sering singgah di kedai laksa itu.
Seorang pelanggan, Ming Yu, 26, memberitahu, beliau gemar makan laksa Pak Ngah kerana kuahnya yang istimewa.
"Apabila pulang ke Kuala Kangsar, pasti saya akan datang ke sini hampir setiap petang untuk makan laksa.
"Malah, saya selalu kena marah dengan ibu kerana jarang makan tengah hari di rumah. Dia selalu membebel 'apa yang sedap sangat dengan laksa Pak Ngah itu'," ujarnya yang bekerja sebagai kerani akaun di Kuala Lumpur.
Bagi Chong Shan pula, harga hidangan laksa yang murah menyebabkan beliau gemar menikmati laksa Pak Ngah.
"Harganya cuma RM2.50 dan rasanya boleh tahan. Pada mulanya saya bukan penggemar laksa tetapi setelah diperkenalkan oleh seorang rakan, saya terus jatuh hati," katanya yang akan membawa pulang bungkusan laksa Pak Ngah untuk dihidangkan kepada keluarga di rumah.
Menurut Rizman, kelainan laksa Pak Ngah terletak pada jenis laksa dan cara membuat kuahnya.
Laksa Pak Ngah menggunakan tepung gandum dan bukannya tepung beras sebagai bahan asasnya. Tepung gandum itu hanya dibancuh dengan air dan garam.
Kuah laksanya agak cair kerana ikan yang digunakan untuk membuat kuah laksa itu ialah ikan sardin dan ikan kembung.
"Ikan yang bersisik hitam tidak akan digunakan sama sekali kerana ia akan menjadikan kuah laksa berwarna hitam dan tidak enak," katanya.
Kini, laksa Pak Ngah semakin bijak meneroka menu baharu.
"Jika restoran makanan segera seperti KFC sering tampil dengan idea berbeza, perniagaan laksa walaupun boleh dikatakan bersifat kekampungan juga perlu berubah.
"Kami memperkenalkan laksa goreng yang seakan-akan char kuetiau yang menggunakan laksa sebagai bahan utama. Laksa itu digoreng bersama sayur tauge, telur dan tambahan kuah laksa dan cili api diletakkan berasingan," jelasnya.
Penulis telah merasai sendiri laksa goreng itu dan rasanya cukup enak. Jika inginkan laksa goreng itu berasa seperti laksa kuala biasa, anda cuma perlu tambah kuah laksa yang turut disediakan.
Laksa goreng itu menyerupai makanan kegemaran kaum Cina iaitu Lai Fun. Lai Fun dimasak menggunakan mi putih yang seakan-akan laksa dan boleh disediakan secara bergoreng atau berkuah.
Menurut Rizman lagi, selain laksa goreng, beliau turut memperkenalkan menu laksa yang disediakan bersama telur goreng, bebola ikan atau cucur.
Sama seperti laksa goreng, hidangan laksa yang turut mengandungi bebola ikan dan telur goreng membuatkan pelanggan cepat kenyang.
Dicuplik dari akhbar Kosmo! bertarikh 29 Januari 2012

LAKSA bukan sahaja digemari oleh kaum Melayu tetapi juga masyarakat Cina di negara ini.

Friday, May 25, 2012
Kisah minyak Afiat
MINYAK urut jenama Afiat telah lama diketahui berkesan untuk mengatasi masalah terseliuh, kebas atau membetulkan perjalanan darah. Ia juga popular dalam mengembalikan kesihatan wanita lepas bersalin.
Terletak di Batu 30, Jalan Ipoh, Kuala Kangsar, Perak, syarikat Minyak Afiat Sdn. Bhd. telah beroperasi selama lebih 80 tahun. Ia diasaskan oleh Panjang Kamaruddin di Tambun.
“Nama ‘afiat’ itu diambil daripada ungkapan sihat walafiat. Imej lelaki memakai songkok pada produk Afiat pula merupakan gambar Haji Panjang Kamaruddin yang sengaja dipaparkan secara animasi,” kata Pengarah Urusan Minyak Afiat, Ahmad Zakaria Khalid.
Zakaria berkata, asal-usul perniagaan itu memiliki sisi eksentrik. Cerita beliau, Panjang yang merupakan ketua sebuah kampung di Tambun tiba-tiba lumpuh kedua-dua belah kaki tanpa diketahui sebabnya.
Walaupun, pelbagai usaha dilakukan untuk memulihkan penyakitnya ia masih gagal. Hendak dijadikan cerita, pada suatu hari semasa Panjang sedang tidur, beliau bermimpi didatangi seorang tua berserban dan berjubah putih.
Mimpi
Orang tua itu menyuruh Panjang mengambil satu bungkusan putih yang di dalamnya mengandungi beberapa jenis herba.
Panjang diberitahu bahawa bungkusan putih itu tertanam di dalam tanah di hujung kampung dan perlu dicampurkan dengan minyak kelapa hijau sebelum disapu di tempat yang sakit.
Selepas itu, Panjang meminta anak saudaranya bernama Khalid Uda Ismail yang merupakan bapa Zakaria, mengambil bungkusan itu keesokan harinya.
“Bungkusan berkenaan mengandungi 40 jenis herba antaranya daun pucuk jambu, rambutan, pegaga dan pandan.
“Setelah ayah saya membawanya pulang, herba berkenaan dicampur dengan minyak kelapa hijau. Apa yang menghairankan, Panjang pulih daripada penyakit lumpuh tidak lama selepas diurut dengan minyak herba itu,” cerita Zakaria.
Khalid mengkomersialkan minyak tersebut pada tahun 1924.
“Bagaimanapun, ayah saya seorang yang pendiam menyebabkan beliau sukar untuk menjual minyak itu,” kata Zakaria.
Namun, satu kejadian pada penghujung tahun itu membuatkan Khalid bertukar peramah.
Menurut Zakaria, bapanya telah menjual sebotol minyak Afiat kepada seorang tukang rumah yang dikenali sebagai Haji Seman di Parit Buntar.
Semasa ingin memaku bumbung rumah, Haji Seman terketuk jari telunjuk tangan kanannya menyebabkan ia berdarah.
“Kerana terlalu sakit, beliau menjerit hingga ramai penduduk pekan Parit Buntar mendengar suaranya. Ayat yang beliau gunakan ialah ‘mana minyak Afiat, jari aku berdarah’,” ujar Zakaria.
Haji Seman mengayuh laju basikalnya untuk pulang ke rumah dan menyapu luka jarinya dengan minyak Afiat. Tangannya berhenti berdarah dan pulih beberapa hari kemudian.
Selepas itu, Haji Seman menjadi ejen tidak rasmi mempromosikan minyak Afiat. Khalid juga dapat belajar daripada Haji Seman yang peramah cara-cara menjual minyak itu.
Ayam sabung
Sejak itu, cara pemasaran minyak Afiat mula berubah dengan Khalid menjualnya di pasar malam dan sekitar kampung di Perak.
Sama seperti babak menjual ubat di pasar sambil menyanyi dalam filem Do Re Mi arahan Tan Sri P. Ramlee, medium yang sama digunakan oleh Khalid. Beliau bermain gambus.
“Malangnya ramai orang kampung kurang yakin dengan khasiat minyak itu, lalu mereka mencabar ayah supaya memulihkan kaki ayam sabung yang patah.
“Ayah saya menyapu minyak Afiat pada kaki ayam itu dan mengurungnya di dalam reban. Beberapa hari selepas itu kaki ayam itu pulih,” cerita Zakaria lagi.
Setelah hampir 87 tahun beroperasi, syarikat Minyak Afiat kini mempunyai lebih 30 pekerja. Ia turut memperoleh persijilan ISO 9001:2000 daripada SIRIM QAS International pada April 2003.
Apa yang menarik, pelanggan mereka juga terdiri daripada kerabat diraja, bekas perdana menteri dan juga menteri besar.
“Ada kerabat diraja di sebuah negeri yang membeli secara berterusan dengan kami tetapi siapakah dia, adalah menjadi rahsia kami. Ada bekas perdana menteri dan menteri besar yang menggunakan produk kami hingga sekarang.
“Malah, bekas pegawai British ada yang membawa pulang minyak itu ke negara mereka apabila tidak lagi bertugas di Tanah Melayu,” ujarnya.
Dicuplik daripada artikel Mimpi lelaki tua berserban tulisan Megat Lutfi Megat Rahim yang disiarkan dalam akhbar Kosmo! bertarikh 22 Januari 2012
Thursday, May 24, 2012
Hutan Belum
Hutan Belum terletak sejauh 300 kilometer dari Kuala Lumpur. Perjalanan akan melalui Kuala Kangsar dan Gerik dan kemudian melalui Lebuh Raya Timur-Barat ke Pulau Banding di Tasik Temenggor.
Hutan tebal seluas 117,500 hektar daripada keseluruhan hutan seluas 290,000 hektar itu telah diisytiharkan sebagai Royal Belum oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah pada 2003.
Royal Belum memiliki lebih 3,000 spesies flora selain 64 spesies paku-pakis, 62 spesies tumbuhan berlumut dan 23 jenis ikan sungai.
Dikenal pasti sebagai Kawasan Alam Sekitar Sensitif di bawah Pelan Fizikal Malaysia 2005 kerana menjadi tempat perlindungan gajah, harimau belang, badak sumbu dan tapir.
Mempunyai tiga daripada 20 spesies raflesia, salah satu daripadanya dinamakan Azlanii sempena nama Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.
sumber: Kosmo!

Wednesday, May 23, 2012
Undi pos
Kumpulan pengundi pos
Anggota tentera, polis, pegawai kerajaan dan pelajar serta suami dan isteri masing-masing yang bertugas di luar negara.
Pegawai piihan raya yang diperakui oleh Suruhanjaya Pilihan Raya perlu menjalankan tugas pada hari mengundi.
Prosedur
Kertas undi dihantar diagihkan lebih awal kepada pengundi pos oleh pegawai yang bertanggungjawab.
Hari membuang undi biasanya sehari atau dua hari sebelum hari pengundian sebenar.
Pengundi mesti menurunkan dua kali tandatangan pada borang saksi sebagai bukti penerimaan.
Kertas undi yang telah dipangkah oleh pengundi dimasukkan ke dalam sampul dan dimasukkan ke dalam karung.
Kertas undi hanya dikira pada hari yang sama dengan tarikh pengundian di kawasan Dewan Undangan Negeri atau Parlimen.
sumber: Kosmo!, Suruhanjaya Pilihan Raya

Tuesday, May 22, 2012
Topeng Diri Manusia
Oleh MOHD. AWANG IDRIS
Tatkala kita mempercayai bahawa semua manusia akan bersikap jujur, kita juga dihidangkan dengan cerita kepura-puraan manusia. Tatkala kita percaya bahawa kita akan hidup dengan dikelilingi manusia yang baik, kita juga akan selalu dikejutkan dengan berita buruk mengenai manusia lain.
Mengapa hal seumpama ini terjadi? Mengapa kita jarang berpeluang untuk hidup dalam keadaan semua manusia adalah jujur dan berhati mulia? Adakalanya kita melihat individu yang begitu baik perilakunya tetapi, tiba-tiba kita mendengar pula cerita bahawa mereka ini telah melakukan pelbagai bentuk salah laku yang bertentangan norma masyarakat.
Siapakah sebenarnya manusia? Mengapa adakalanya kita bertemu dengan manusia yang mempunyai watak yang berbeza-beza dalam keadaan yang berbeza-beza. Selalu kita mendengar berita ada lelaki hidung belang yang ditahan pihak berkuasa kerana melakukan perbuatan tidak senonoh dengan wanita muda di rumah urut atau kelab malam.
Pada waktu yang lain, kita mendengar pula berita orang yang dikatakan alim agama tetapi, mencabul kehormatan anak gadis. Tidak kurang juga berita ada pegawai yang ada kuasa dalam masyarakat tetapi ditahan kerana rasuah atau salah guna kuasa.
Topeng perilaku
Dalam psikologi, istilah personaliti datangnya daripada patah kata 'persona' yang membawa maksud topeng. Ini bermaksud, manusia selalunya akan memakai topeng yang berbeza-beza sesuai dengan keadaan yang dihadapinya.
Mereka mungkin kelihatan seperti orang yang baik dalam masyarakat tetapi, hakikat sebenarnya hanyalah pemakaian topeng sahaja.
Banyak orang yang terpaksa mengenakan pakaian yang bergaya apabila perlu menghadiri mesyuarat atau temu duga, walaupun dalam dunia kehidupan mereka yang sebenar, mereka sebenarnya ialah orang lain.
Inilah yang dikatakan personaliti. Manusia memakai topeng dalam keadaan yang memerlukan mereka berbuat demikian.
Ia terjadi kepada semua orang. Kita perlu memuaskan hati manusia lain dengan memakai 'topeng' yang bersesuaian. Ia demi survival kehidupan manusia.
Bagaimana pula dengan pelaku homoseksual? Adakah mereka ini juga memakai topeng dalam kehidupan ganjil mereka?
Kajian Humpreys
Inilah hakikat yang cuba ditunjukkan dalam satu kajian klasik yang dilakukan oleh Laud Humpreys (gambar) pada pertengahan tahun 1960-an di Amerika Syarikat. Ia kajian yang kontroversi yang dilakukan bagi melihat siapakah sebenarnya pelaku homoseksual itu.
Adakah mereka sama seperti manusia normal atau sebaliknya?
Humpreys telah menunggu di dalam tandas awam untuk melihat pelaku homoseksual itu. Pelaku homoseksual berkenaan menggunakan tandas awam sebagai tempat mereka melepaskan nafsu dengan pasangan sejenis mereka.
Bagaimanapun, bagi membolehkan beliau mendapat kerjasama daripada pelaku homoseksual itu, beliau telah berperanan sebagai watchqueen atau mata-mata bagi memerhatikan sekiranya ada pihak berkuasa yang datang.
Beliau akan memberikan isyarat tertentu agar disedari oleh pelaku homoseksual itu sekiranya ada polis yang datang. Dengan cara ini, beliau telah menjadi akrab dengan mereka seterusnya berpeluang untuk menemu duga pelaku homoseksual berkenaan bagi melengkapkan kajiannya.
Humpreys sebenarnya ingin tahu siapakah sebenarnya pelaku homoseksual itu dalam kehidupan normal mereka dalam masyarakat dan keluarga.
Setahun kemudian, beliau telah menemui pelaku homoseksual itu di rumah mereka selepas menjejak melalui nombor plat kereta. Dia berlakon sebagai pegawai banci kesihatan.
Pelaku homoseks itu tidak menyedari bahawa Humpreys ialah orang yang sama yang menjalankan kajian dalam tandas sebelum ini. Beliau menemu duga latar belakang subjek kajian termasuk hal berkaitan agama, keluarga dan aspek kehidupan yang lain. Tidak ada sebarang soalan mengenai aktiviti homoseksual.
Apa yang mengejutkan, didapati kebanyakan daripada pelaku homoseksual itu adalah orang yang normal dalam kehidupan berkeluarga. Mereka bekerja dan mempunyai isteri serta anak. Hanya beberapa orang sahaja yang bujang dan merupakan homoseksual sejati.
Mereka juga ada pendidikan yang baik malah, ada yang mempunyai kepercayaan agama yang kuat.
Lumrah hari ini
Hakikatnya, itulah juga yang sedang kita hadapi dalam masyarakat kita hari ini. Kita terpedaya apabila melihat manusia yang mampu memakai topeng kejujuran dalam hidup mereka. Hakikatnya, kejujuran hanyalah sekadar topeng yang boleh dipakai dan dilakonkan sesuai dengan latar kehidupan seseorang.
Kita mungkin menyangka bahawa mereka yang melanggan wanita genit di rumah urut adalah mereka yang berperangai buruk di tempat lain juga. Kita mungkin mengandaikan bahawa mereka yang melakukan jenayah adalah mereka yang sangat teruk peribadinya.
Hakikatnya, mereka mungkin mempunyai perwatakan lain apabila berada dalam kehidupan normal masyarakat.
Mereka mungkin seseorang yang sangat warak yang selalu bertegur sapa dengan kita setiap hari. Kita semua adalah manusia yang memakai topeng bagi meneruskan survival hidup.
Penulis ialah pensyarah psikologi di Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Universiti Malaya. Beliau memiliki kelulusan doktor falsafah dalam bidang psikologi dari University of South Australia. Beliau telah memulakan kerjaya di pelbagai organisasi swasta sebelum menceburkan diri dalam dunia akademik. Kajian beliau banyak tersiar di beberapa buah jurnal antarabangsa.
Dicuplik dari akhbar Kosmo! bertarikh 24 Februari 2012.

Monday, May 21, 2012
Daging merah tingkatkan diabetes jenis 2
Kajian terbaharu oleh Fakulti Kesihatan Awam Harvard (HSPH), Amerika Syarikat mendapati kaitan jelas antara pengambilan daging merah terutamanya yang sudah diproses dengan peningkatan risiko diabetes Jenis 2.
Pada masa yang sama, penggantian dengan protein lebih sihat seperti produk tenusu rendah lemak, kekacang dan gandum menunjukkan penurunan risiko yang ketara.
Hasil gabungan dan kajian terkini mereka dengan data sedia ada tersebut, daripada sejumlah 442,101 peserta, 28,228 daripadanya mendapat diabetes Jenis 2. Mereka mendapati hidangan daging merah tidak diproses seberat 100 gram meningkatkan 19 peratus diabetes Jenis 2 manakala hidangan daging diproses seperti sosej seberat 50 gram melonjakkannya kepada 51 peratus.
Dalam kajian itu, individu yang menggantikan diet daging merah dengan kekacang dapat menurunkan risiko diabetes Jenis 2 sebanyak 21 peratus, produk tenusu rendah lemak (17 peratus) dan gandum (23 peratus).
Sementara itu, kajian di St. Michael's Hospital dan University of Toronto, Kanada menunjukkan bahawa pengambilan kekacang setiap hari dapat membantu mengawal diabetes Jenis 2 dan mengelakkan komplikasi.
Pengambilan kira-kira 50 gram kekacang setiap hari sebagai pengganti karbohidrat terbukti berkesan terhadap kawalan glisemik dan serum lipid pesakit diabetes Jenis 2.
"Kekacang memberi manfaat kepada kawalan gula dan lipid darah dan mungkin digunakan sebagai strategi meningkatkan kawalan diabetes tanpa sebarang peningkatan berat badan," kata Dr. Jenkins dari Jabatan Endokrinologi dan Metabolisme di St. Michael's Hospital.
Dalam kajiannya, tiga diet berbeza disediakan untuk pesakit diabetes Jenis 2 iaitu mufin biasa, campuran pelbagai kekacang dan gabungan mufin dan kekacang.
Peserta yang menerima diet eksklusif kekacang dilaporkan mengalami peningkatan dalam kawalan gula dalam darah melalui ujian glycosylated hemoglobin (HbA1c) selain penurunan lipoprotein ketumpatan rendah (LDL) atau kolesterol tidak baik.

Friday, May 18, 2012
Kaitan cahaya matahari dengan alergi
Berdasarkan satu kajian saintifik, pendedahan yang kerap pada cahaya matahari mungkin boleh mengurangkan risiko alergi terhadap makanan dan ekzema dalam kalangan kanak-kanak.
Penyelidik daripada Pusat Kesihatan Manusia dan Alam Sekitar Eropah bersama beberapa institusi Australia mendapati kanak-kanak yang tinggal di kawasan kurang pencahayaan cahaya matahari berhadapan dengan risiko besar mendapat alergi terhadap makanan dan ekzema berbanding dengan kanak-kanak yang tinggal di kawasan terdedah kepada cahaya ultraungu.
Laporan tersebut dilakukan berikutan wujudnya bukti bahawa pendedahan terhadap cahaya matahari memainkan peranan dalam peningkatan alergi makanan dan ekzema.
Cahaya matahari penting kerana ia memberikan tubuh kita bahan bakar untuk menghasilkan vitamin D pada kulit dan kawasan yang paling banyak menerima cahaya matahari ialah di Khatulistiwa.

Thursday, May 17, 2012
Bahaya 'drunkorexia' kepada remaja
Kombinasi pengambilan makanan yang tidak teratur dan pengambilan alkohol berlebihan yang digelar sebagai 'drunkorexia' dilihat boleh membawa kepada masalah kesihatan jangka panjang dalam kalangan remaja dan pelajar kolej.
Penemuan itu hasil daripada satu kajian yang dijalankan oleh pasukan penyelidik di Universiti Missouri, Amerika Syarikat.
Pasukan penyelidik mendapati sebanyak 16 peratus daripada kaji selidik menunjukkan kelompok berkenaan menahan daripada menambah kalori dalam badan mereka bagi memberi ruang kepada minuman keras yang diambil.
Menerusi respoden yang terlibat, golongan wanita yang terlibat dalam 'drunkorexia' tiga kali ganda lebih banyak daripada lelaki.
Secara umum, 'drunkorexia' dirujuk sebagai tingkah laku mengawal berat badan, menjadi mabuk dengan lebih cepat serta berupaya menjimatkan wang dan dibelanjakan untuk makanan bagi membeli alkohol.
Menurut Penolong Profesor di Bahagian Kesihatan Awam dan Kerja Awam, Victoria Osborne, 'drunkorexia' mampu menjadikan individu berkenaan berdepan dengan masalah kognitif yang berbahaya termasuk tingkah laku dan fizikal.
Lebih teruk lagi, katanya, ia membuatkan seseorang itu menghadapi masalah pengambilan makanan yang serius dan risiko ketagihan teruk.
"Mengambil pemakanan tidak mencukupi serta meminum alkohol dengan banyak mengundang bahaya.
"Ia boleh mengakibatkan masalah kognitif untuk tempoh jangka pendek dan jangka panjang termasuk kesukaran untuk fokus, belajar dan membuat keputusan," ujarnya.
Dalam pada itu, kelompok yang terlibat dalam gejala tersebut turut berisiko untuk melakukan keganasan, tingkah laku seksual di luar kawalan, keracunan alkohol serta penyalahgunaan dadah.
Tambah Osborne lagi, wanita dilaporkan berdepan dengan risiko yang lebih tinggi dalam gejala disebabkan kadar metabolisme mereka yang berbeza dengan lelaki.
Ini bermakna, wanita mudah jatuh sakit dan menderita kerosakan organ lebih awal daripada yang dijangkakan berbanding lelaki.
Justeru, terlibat dengan 'drunkorexia' adalah ibarat seseorang itu meletakkan diri mereka dengan risiko diserang sawan, koma dan kemudian ditahan di hospital.
Jika tingkah laku ini berterusan, kegagalan organ, hati, buah pinggang dan gastro usus boleh berlaku.
"Kebanyakan responden yang terlibat dalam kaji selidik itu adalah daripada kalangan mahasiswa.
"Langkah seterusnya dalam kajian kami adalah untuk melihat jika trend itu berterusan seumur hidup," jelasnya.
Sementara itu, seorang mahasiswa di Kolej Komunikasi, Camille Parker berkata, kebanyakan pelajar yang terlibat dengan gejala ini merupakan remaja bawah umur yang mencuba untuk merasai kesan alkohol dalam diri mereka.
"Mereka tidak sedar betapa bahayanya gejala itu nanti," katanya.
Bagi pelajar di Kolej Pengurusan Perniagaan, Steven Mark mengakui pernah melihat rakan-rakannya mengehadkan pengambilan makanan semata-mata untuk menjimatkan wang untuk membeli minuman keras.
Katanya, ia adalah perkara biasa terutama selepas dewan makan ditutup.
Ted Marshall dari kolej sama berkata, apabila seseorang pelajar itu menggantikan kalori dengan alkohol, mereka sesungguhnya tidak memikirkan tentang akibat yang bakal menimpa mereka. Itu sangat bahaya," katanya.
Dicuplik dari akhbar Kosmo! bertarikh 15 Februari 2012

Tuesday, May 15, 2012
Belia sebagai penyambung warisan negara
Oleh Zairul Zaha bin Sallehuddin
Belia menurut Kamus Dewan bermaksud muda manakala melalui tesaurus dalam talian Dewan Bahasa dan Pustaka belia bersinonim dengan muda (remaja, budak mentah, masih hijau, berhingus, setahun jagung, ubun-ubun masih lembik, belum makan garam lagi dan sebagainya).
Daripada maksud yang ditafsirkan oleh Kamus Dewan dan tesaurus di atas, jelaslah bahawa golongan belia itu adalah golongan yang berusia muda. Belia juga sering diistilahkan sebagai remaja atau pemuda.
Usia bagi belia juga berbeza-beza mengikut negara. Menurut Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) usia belia adalah dalam lingkungan 15 hingga 24 tahun. Bagi Program Belia Komanwel pula usia belia dalam lingkungan 15 hingga 29 tahun.
Di Malaysia, menurut Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007, belia membawa erti seseorang yang berumur tidak kurang daripada lima belas tahun dan tidak lebih daripada empat puluh tahun.
Menurut maksud yang ditafsirkan oleh tesaurus dalam talian DBP ia memberi imej yang teramat negatif kepada belia iaitu menggambarkan bahawa belia adalah seseorang yang terlalu mentah dan tidak mampu berdiri di atas kaki sendiri. Jadi bagaimanakah belia ini boleh diharapkan untuk menyambung tugas meneraju kepimpinan negara di masa hadapan?
Disebabkan itu maka pada 23 Julai 1948, seramai 75 orang wakil pertubuhan belia telah mengadakan pertemuan di Victoria Institution untuk membentuk satu badan induk bagi menyelaras semua pertubuhan belia di Tanah Melayu yang dikenali sebagai Majlis Belia Malaya.
Majlis Belia Malaya telah diiktiraf secara rasmi pada 9 September 1950 dan pada tahun 1951 kerajaan telah mengiktiraf Majlis Belia Malaya sebagai Majlis Belia Kebangsaan.
Kini Majlis Belia Malaya dikenali sebagai Majlis Belia Malaysia (MBM) dan sebanyak 36 buah badan kebangsaan dan majlis belia negeri serta empat buah badan bersekutu yang bergabung dengan Majlis Belia Malaysia.
Majlis Belia Malaysia menjalinkan hubungan secara langsung dengan kerajaan dan juga badan bukan kerajaan seperti Persatuan Pengguna, Persatuan Alam Sekitar, PEMADAM, Pergerakan Wanita dan sebagainya.
Kerajaan Malaysia turut memainkan peranan untuk melahirkan belia yang cemerlang dan berwawasan. Demi matlamat itu maka Kementerian Belia dan Sukan telah mewujudkan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) yang bertujuan untuk memberi latihan kepada para-para belia agar menjadi belia yang berkemahiran dan mampu berdikari.
Pada tahun 2003, suatu Rang Undang-Undang telah digubal dan diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Rang Undang-Undang tersebut dinamakan Rang Undang-Undang Akta Latihan Khidmat Negara yang diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 25 Jun 2003 yang kemudian diluluskan pula oleh Dewan Negara pada 7 Julai 2003.
Melalui Akta Latihan Khidmat Negara ini satu program yang dikenali sebagai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) telah diadakan. Melalui program ini mereka yang berusia 17 tahun ke atas telah menamatkan persekolahan akan dipanggil untuk menghadiri kursus selama tiga bulan di Pusat Latihan PLKN yang terdapat di seluruh negara. Kursus latihan PLKN ini adalah wajib.
Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memupuk semangat patriotisme di kalangan generasi muda khususnya belia agar menjadi lebih matang, bersifat tahan lasak dan mempunyai wawasan serta semangat cintakan negara. PLKN juga melatih seorang remaja atau belia itu sifat-sifat kepimpinan yang memang diperlukan oleh belia sebagai penyambung warisan kepimpinan negara.
Melalui program-program yang telah diadakan oleh kerajaan dan organisasi bukan kerajaan seperti MBM itu menunjukkan bahawa golongan belia ini bukanlah disisihkan atau dipinggirkan. Atas dasar menghargai golongan belia ini maka pada 15 Mei setiap tahun Hari Belia akan disambut. Tiada alasan bagi pihak belia untuk merasakan bahawa mereka disisih ataupun dipandang rendah seperti tafsiran yang menjadi sinonim bagi golongan belia.
Para belia juga harus sedar bahawa masa hadapan negara terletak pada diri mereka. Sekiranya masih lagi tidak matang dan masih bergantung harap kepada ibu bapa dan golongan lebih tua, bagaimanakah mereka mampu untuk mengambil alih teraju kepimpinan negara kelak. Para belia seharusnya menimba ilmu pengetahuan dari segi akademik dan kemahiran demi untuk menjadi belia yang berkualiti dan berdaya saing.
Robert F. Kennedy di dalam ucapannya di Universiti Cape Town, Afrika Selatan pada bulan Jun 1966 menyatakan bahawa dunia mengharapkan kualiti daripada belia iaitu pemikiran yang berkualiti, keazaman yang membara, kualiti imaginasi, semangat juang yang tinggi dan iltizam untuk pengembaraan dan cabaran di dalam kehidupan (sumber: rfkcenter.org/lifevision/dayofaffirmation)
Melalui petikan kata-kata di atas menunjukkan bahawa golongan muda dan belia memang diperlukan untuk memegang tanggungjawab dan amanah. Golongan belia merupakan penyambung generasi yang akan memimpin dan meneraju negara suatu masa kelak. Seandainya golongan belia diabaikan dan tidak diberikan dorongan ke arah yang positif, maka rosaklah generasi belia di negara ini dan akan membawa kepada kejatuhan negara.
Golongan dewasa juga hendaklah membuang tanggapan negatif terhadap belia. Lazimnya belia dianggap masih mentah dan tidak harus diberikan tugasan seperti orang dewasa. Ini adalah tanggapan yang salah. Sukarno, Presiden Republik Indonesia yang pertama pernah berkata berikan padanya sepuluh orang pemuda nescaya beliau akan menggoncangkan dunia. Daripada kata-kata semangat itu membuktikan bahawa golongan belia memang diperlukan sebagai pejuang dan pemimpin.
Atas tanggapan negatif terhadap belia juga menjadi faktor kenapa belia lebih cenderung melibatkan diri dalam kegiatan tidak bermoral seperti terlibat dalam perlumbaan haram, penyalahgunaan dadah, pecah amanah dan budaya hedonistik yang melampau. Para belia berpendapat diri mereka disisihkan dan tidak diperlukan dalam masyarakat. Mereka menganggap diri mereka umpama datang tak berjemput, pulang tak berhantar.
Di dalam kitab suci al-Quran, Surah an-Nahl ayat 125, Allah SWT berfirman:
"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk."
Melalui ayat tersebut, jelas menunjukkan bahawa golongan belia perlu diajak ke arah kebaikan. Komunikasi yang baik dengan golongan belia dan remaja adalah penting demi untuk memastikan agar mereka tidak tersilap tafsir akan apa yang ingin kita sampaikan.
Sebagai seorang dewasa yang berpengalaman, bimbinglah golongan belia akan rasa tanggungjawab dan pentingnya berdikari untuk diri mereka. Dengan adanya nasihat dan bimbingan dari golongan dewasa, ianya dapat membina keyakinan diri dan jati diri seseorang belia itu.
Golongan belia lazimnya mudah terpengaruh dengan rakan-rakan sebayanya. Seandainya golongan dewasa tidak mengendahkan para belia ini, maka mereka akan menganggap rakan-rakan mereka sebagai pembimbing mereka. Jika rakan-rakan belia itu membawa kepada kebaikan, maka baiklah seseorang itu tetapi jika rakan-rakannya membawa kepada kegiatan tidak berfaedah, maka belia itu akan turut sama terjebak dalam kegiatan tersebut.
Maka disebabkan itu, golongan dewasa haruslah bekerjasama demi untuk membangunkan para belia agar menjadi belia yang produktif, kreatif dan beriltizam. Ini kerana belia adalah pewaris dan penyambung kepimpinan negara. Jika para belia berkualiti maka sekaligus negara turut berkualiti namun jika belia tidak memiliki kualiti dan akhlak yang baik, maka negara juga akan menjadi porak-peranda.
Jika kita menelusuri sejarah, banyak disebutkan tentang kejayaan yang dicapai oleh golongan belia. Alexander the Great misalnya, telah berjaya membina kota-kota besar dan peradaban dunia ketika berusia dalam pertengahan dua puluhan. Begitu juga dengan sejarah kegemilangan Islam yang banyak menceritakan tentang penglibatan golongan belia dalam misi Rasulullah SAW menyampaikan dakwah. Nama-nama seperti Saidina Ali ibn Abi Talib, Saidina Osman ibni Affan, Usamah bin Ziad adalah merupakan golongan pemuda yang berjuang bersama-sama Rasulullah SAW untuk menegakkan syiar Islam.
Para belia juga tidak harus berpeluk tubuh seperti menantikan nasi disajikan di mulut. Sebaiknya para belia hendaklah menimba ilmu pengetahuan daripada golongan dewasa yang telah berpengalaman ibarat anak muda zaman dahulu yang sanggup merantau berbatu-batu jauhnya demi untuk mengisi kekosongan di dada.
Di zaman yang serba mencabar ini para belia hendaklah membuat persediaan yang rapi demi untuk sama bersaing umpama tertangkap di ikan kalang. Para belia haruslah bersikap jangan bijak terpijak, biarlah bodoh bersuluh. Tiada salahnya kita bertanya kepada mereka yang lebih berpengalaman demi untuk pengetahuan dan kebaikan diri kita sendiri.
Seandainya diberikan tanggungjawab, para belia hendaklah menjalankan amanah tersebut dengan penuh beretika laksana keras ditakik, lunak disudu dan janganlah bersikap seperti kayu lempung, ditebuk kumbang tembus-menembus. Selalulah mengadakan perbincangan seandainya terdapat sebarang kemusykilan dan sekiranya pendapat yang diberikan tidak dipersetujui oleh pihak lain, janganlah terlalu cepat melatah atau merajuk sebaliknya cari penyelesaian yang terbaik. Hilang kepala kura-kura ditelan oleh dadanya, bermaksud walaupun pendapat kita tidak diterima namun orang yang berilmu dan bijaksana tetap akan dihormati orang.
Belia juga perlu bersikap proaktif iaitu dapat menjangka masa depan. Untuk menjadi seorang yang proaktif, para belia harus peka dengan hal ehwal semasa. Ini selaras dengan pandangan penulis dan ulama tersohor Indonesia iaitu Allahyarham Haji Abdul Malik Karim Amrullah atau dikenali sebagai Hamka yang menyifatkan bahawa belia hendaklah berfikiran dalam dan mempunyai inti fikiran.
Misalannya, peristiwa gempa bumi dan tsunami yang melanda negara Jepun pada 11 Mac 2011 yang lalu, meskipun peristiwa itu berlaku di negara matahari terbit yang jaraknya beratus-ratus batu daripada negara kita, namun kesannya tetap akan terasa hingga ke Malaysia.
Pertama sekali, kesan gempa bumi yang begitu dahsyat mengakibatkan Jepun sebagai sebuah negara industri dan pengeluar serta pembekal produk utama di dunia terpaksa menghentikan kegiatan industrinya untuk sementara demi untuk memulihkan semula negaranya yang telah hancur dimamah gempa. Kesan daripada penghentian pengeluaran produk tersebut menyebabkan beberapa negara di dunia terpaksa juga menghentikan pengeluaran produk mereka kerana tidak memperolehi alat-alat yang dikeluarkan daripada Jepun. Ia juga akan menjejaskan ekonomi dunia di mana negara Jepun adalah salah satu negara yang mempunyai kepentingan ekonomi yang tinggi di dunia.
Sebagai seorang belia yang proaktif, beberapa langkah-langkah perlu disediakan demi untuk menghadapi kesan daripada bencana yang melanda Jepun ini. Pertama sekali, krisis kenaikan harga barangan pasti akan berlaku berikutan beberapa makanan dan hasil laut daripada negara Jepun dikatakan tercemar akibat radiasi oleh kebocoran beberapa loji nuklear di Jepun. Meskipun Malaysia tidak begitu menumpukan pada hasil makanan dan sumber laut daripada Jepun, kejadian itu tetap menjadi alasan kepada peniaga untuk menaikkan harga barang.
Belia yang proaktif pasti telah merancang masa depan dengan menyediakan alternatif lain untuk mengatasi masalah ini. Antaranya seperti menanam sendiri sayur-sayuran agar tidak terlalu bergantung kepada peniaga yang mengambil kesempatan di atas krisis yang berlaku di negara luar. Para belia juga boleh memantau dan membuat kajian terhadap harga pasaran barang-barang yang dijual oleh para peniaga dan melaporkannya kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia (KPDNKK) sekiranya harga yang dinaikkan itu melampau dan tidak menurut apa yang telah ditetapkan oleh KPDNKK.
Belia juga perlu bersedia dengan beberapa kemungkinan negara ini akan dilanda bencana berikutan gempa bumi dan tsunami yang berlaku di Jepun. Kejadian tsunami pada tahun 2004 yang diakibatkan oleh gempa bumi di Aceh membuktikan bahawa Malaysia tidak terkecuali daripada menerima bencana meskipun keadaan negara ini agak terlindung kerana terletak di luar Lingkaran Api Pasifik.
Seandainya bencana berlaku maka tenaga para belia memang diperlukan untuk tujuan kerja-kerja menyelamat, merawat dan sebagainya. Para belia boleh menganggotai mana-mana pasukan beruniform di Malaysia seperti Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia, Pertahanan Awam, Bomba Sukarela ataupun beberapa persatuan belia yang memang menyediakan perkhidmatan sukarelawan seperti Mercy Malaysia.
Dengan adanya sikap proaktif dalam diri seseorang belia serta motivasi yang tinggi, ketahanan dari segi rohani dan jasmani maka telah lengkaplah jati diri seseorang belia itu. Maka layaklah belia menjadi penyambung warisan pemimpin negara di masa hadapan.

Monday, May 14, 2012
Buah-buahan yang baik untuk keintiman
Avokado
Masyarakat Aztec di Peru menggelar pokok avokado sebagai pokok buah zakar. Avokado kaya dengan vitamin B6 yang membantu mengurangkan tekanan.
Ia juga adalah sebahagian daripada pengeluaran hormon testosterone.
Menyediakan sajian pengikat kasih, avokado boleh digunakan dalam banyak jenis masakan. Buah avokado yang masak boleh dibuat puri untuk dijadikan kuah cecah guacamole. Gaul dengan jagung manis untuk dijadikan snek sebelum tidur.
Tembikai
Pakar penyelidik mendapati likopena, beta karotena dan antioksida dalam buah tembikai mempunyai keupayaan untuk mengendurkan saluran darah dan seterusnya meningkatkan libido (keinginan seks).
Selain dibuat jus, tembikai boleh meghidupkan suasana percutian di pulau tropika yang indah jika dibuat moktel.
Buah Tin
Pasangan kekasih mendapati bentuk dan rasa buah tin yang manis dapat menyemarakkan perasaan dan keintiman mereka. Dari segi pemakanan, buah tin kaya dengan asid amino yang membentuk hormon seks.
Betik
Ia kaya dengan antioksida dan vitamin C. Ini menjadikan betik sumber yang baik untuk meningkatkan kesuburan.
Betik adalah buah serbaguna. Betik muda boleh dibuat kerabu atau salad untuk sajian romantik.
Betik yang masak, lazat untuk dimakan begitu sahaja lebih-lebih lagi jika disejukkan dalam peti sejuk.

Thursday, May 10, 2012
COPD
COPD ialah akronim untuk Penyakit Pulmonari Sumbatan Kronik (Chronic Obstructive Pulmonary Disease), penyakit yang memberikan gangguan pernafasan kronik yang menjadikan fungsi jantung semakin hari semakin merosot sekali gus mengehadkan pengaliran udara.
Jika dibiarkan tanpa sebarang rawatan, penyakit itu boleh menyekat kebebasan rutin pesakit secara beransur-ansur. Ia adalah antara punca kematian dan kehilangan upaya utama di dunia.
Menurut rekod Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), penyakit COPD dijangka menjadi punca ketiga kepada kematian menjelang tahun 2020.
WHO turut menjangkakan jumlah kematian disebabkan COPD akan meningkat lebih daripada 30 peratus dalam tempoh akan datang kecuali tindakan segera diambil untuk mengurangkan faktor penyakit itu.
Simptom awal COPD biasanya tidak menunjukkan seseorang itu menghidap penyakit yang berbahaya seperti batuk, kesukaran bernafas, keletihan dan peningkatan pengeluaran mukus.
Tanda-tanda awal tersebut dapat dikesan sekiranya pesakit menjalani ujian spirometri.
Meskipun setakat ini masih belum ada penawar untuk penyakit COPD namun ia boleh dicegah dan boleh dirawat dengan cara berhenti merokok.
Walau bagaimanapun, mereka yang terdedah dengan kawasan berhabuk atau berasap juga tidak terkecuali berisiko menghidap penyakit itu.
Tahap kesedaran rakyat di Malaysia mengenai bahaya COPD masih rendah sedangkan COPD membunuh lebih ramai pesakit di seluruh dunia berbanding AIDS.
Simptom COPD
Langkah pencegahan:

- Nafas tercungap-cungap
- Pengeluaran kahak yang keterlaluan dan batuk yang kronik, lebih dari sebulan.
Langkah pencegahan:
- Berhenti merokok
- Kurangkan pendedahan kepada asap, gas kimia dan habuk perlu dikurangkan
- Mengambil suntikan vaksin selsema dan kurang bergaul dengan orang ramai semasa musim demam selsema
- Perawatan penyakit ini dengan ubat-ubatan mengikut naishat doktor boleh mengawal kesan penyakit ini.
Wednesday, May 9, 2012
Cara mendaftar sebagai pengundi
Pendaftaran sebagai pengundi boleh dibuat di Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di negeri-negeri.
Pendaftaran juga boleh dibuat di Pejabat-pejabat Pos Berkomputer di seluruh negara (www.pos.com.my)
Kaunter Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melalui Program Outreach seperti pasar malam, taman perumahan dan pusat membeli-belah.
Pejabat-pejabat Kedutaan Suruhanjaya Tinggi dan Konsulat Jeneral di luar negeri. Sila layari laman web Kementerian Luar Negeri (www.kln.gov.my)
Ibu Pejabat SPR Malaysia Tingkat Bawah, Blok C7, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya.
Pejabat Daerah atau Pejabat Majlis Daerah di semua negeri.
Nombor untuk dihubungi 03-8885 6565 atau laman web SPR: www.spr.gov.my
sumber: Kosmo!
Tuesday, May 8, 2012
Tokoh Malaysia yang lahir pada abad ke-19 dan awal abad ke-20
1. Allahyarham Onn Jaafar (Presiden UMNO Pertama) - Dilahirkan pada 12 Februari 1895 dan meninggal dunia pada 19 Januari 1962.
2. Allahyarham Abdul Rahim Kajai (tokoh kewartawanan Melayu) - Dilahirkan pada tahun 1894 dan meninggal dunia pada 5 Disember 1943.
3. Allahyarham Ishak Hj Muhammad (Pak Sako) - Dilahirkan pada 14 November 1909 dan meninggal dunia pada 7 November 1991.
4. Allahyarham Tunku Abdul Rahman (Bapa Kemerdekaan Malaysia) - Dilahirkan pada 8 Februari 1903 dan meninggal dunia pada 6 Disember 1990.
5. Almarhum Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad (Yang di-Pertuan Agong Yang Pertama) - Diputerakan pada 24 Ogos 1895 dan mangkat pada 1 April 1960.

Monday, May 7, 2012
Puteri Limau Purut
Puteri Limau Purut ialah puteri kepada Sultan Perak yang ke-6 iaitu Sultan Mukaddam Shah (1603 - 1619) yang telah dilarikan ke Acheh. Menurut ceritanya, Puteri Limau Purut telah ditunangkan kepada anak saudara baginda bernama Raja Mansur, putera kepada Sultan Alauddin Shah (Sultan Perak ke-5) dan telah menolak pinangan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam dari Kesultanan Acheh.
Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam yang murka dengan penolakan tersebut telah menitahkan tenteranya menyerang Perak dan menawan Sultan Mukaddam Shah serta anggota keluarga baginda termasuk Puteri Limau Purut dan dibawa ke Acheh.
Puteri Limau Purut berjaya diselamatkan oleh Megat Terawis yang merupakan Bendahara Perak dan dibawa pulang ke Perak. Setelah kembali ke Perak, Puteri Limau Purut berkahwin dengan Raja Mansur.
Sultan Mukaddam Shah dikatakan telah mangkat di Acheh dan mendapat gelaran Marhum di Acheh manakala Raja Mansur menaiki takhta kerajaan negeri Perak dengan gelaran Sultan Mansur Shah II (1619-1627).
sumber: wikipedia

Friday, May 4, 2012
Bersikap prejudis
SALAH satu kesilapan berfikir yang selalu kita buat ialah prasangka atau prejudis terhadap orang-orang lain. Sebagai contoh, kita mungkin mempunyai prejudis bahawa wanita yang bertudung tidak mengumpat, ataupun lelaki yang berserban tidak memfitnah ataupun pemuda yang kurus dan comot sebagai penagih dadah. Prasangka kita ada kalanya betul dan ada kalanya salah. Apakah proses yang mencipta pelbagai prejudis kita terhadap orang-orang di sekeliling kita?
Untuk memahami dari mana datangnya prejudis kita, kita perlu memahami proses:
a. Bagaimana kita membina pelbagai andaian berkenaan orang-orang lain.
b. Bagaimana kita mengelompokkan orang-orang lain ke dalam kelompok-kelompok, umpamanya kelompok orang muda dan orang tua, serta mengapa mereka melakukan apa yang mereka lakukan.
c. Bagaimana kita meramaikan tingkah laku orang-orang itu.
Ada beberapa faktor yang boleh mempengaruhi persepsi kita terhadap orang-orang lain.
1. Maklumat daripada orang itu:
Ini termasuklah tingkah laku orang itu sendiri, seperti apa yang dilakukan, pakaiannya, potongan rambutnya, bahasanya dan maklumat-maklumat bukan lisan mengenainya. Kita tidak perlu nampak orang itu kerana kita mungkin mendapat maklumat berkenaan diri beliau daripada cerita orang lain, ataupun daripada bahan-bahan bertulis yang mengandungi keterangan mengenainya.
2. Persepsi orang yang membuat penilaian:
Kita sebagai orang yang membuat penilaian, kita mempunyai ramalan berkenaan orang-orang yang kita nilai. Ramalan-ramalannya itu boleh mempengaruhi penilaian kita. Sebagai contoh kita mungkin mempunyai andaian-andaian stereotaip berkenaan perwatakan orang-orang di sekeliling kita, umpamanya kita mungkin percaya orang yang bertugas sebagai pustakawan adalah orang yang pendiam, manakala pelawat adalah orang yang periang.
3. Hubungan antara penilai dengan orang yang dinilai:
Cara kita menilai seorang sahabat dengan orang yang langsung tidak kita kenali adalah berbeza. Perbezaan hubungan menghasilkan andaian yang berbeza-beza. Kalau seorang sahabat datang dan menepuk bahu kita dari belakang, kita akan menilai dia dengan cara yang berbeza dibandingkan kalau orang yang tidak kita kenal yang menepuk bahu kita dari belakang.
Kita juga menerangkan tingkah laku mereka dengan cara-cara yang berbeza. Perbuatan sahabat kita menepuk bahu kita dari belakang akan kita terangkan dengan cara yang berbeza, manakala perbuatan yang sama daripada orang yang tidak kita kenal akan kita terangkan dengan cara yang berbeza.
4. Konteks sosial:
Persepsi kita ke atas orang-orang lain tidak terjadi dalam vakum, atau di luar konteksnya. Kalau kita melihat orang itu tersenyum apabila mendengar berita rakannya menang loteri, kita akan menerangkan perbuatannya itu dengan cara berlainan dibandingkan jikalau kita melihat dia tersenyum apabila mendengar berita rakannya kehilangan kereta. Kita boleh menerima kalau seorang doktor lelaki dan seorang wanita bercakap hal-hal yang sangat sulit sekiranya mereka bercakap di bilik doktor itu. Sebaliknya kita tidak boleh menerima sekiranya mereka bercakap perkara yang sama di meja restoran.
5. Latar belakang budaya:
Persepsi kita berkenaan orang-orang lain juga dipengaruhi oleh budaya kita. Apabila orang-orang melayu bercakap sesama sendiri, mereka berdiri agak rapat antara satu sama lain dibandingkan dengan jarak sesama orang Amerika. Jikalau orang Melayu bercakap agak rapat dengan orang Amerika, orang Amerika itu mungkin menganggap orang Melayu itu terlampau hendak bermesra-mesra dengannya. Jikalau orang Amerika itu berdiri jauh sedikit, orang Melayu itu mungkin menganggap orang Amerika itu sombong.
Pada setiap saat kita membuat penilaian ke atas orang-orang di sekeliling kita. Kita mengatakan mereka itu begini, ataupun begitu. Kita katakan mereka suka ini, ataupun suka itu. Kita meramalkan apa yang mereka akan lakukan. Kita juga menerangkan kepada diri kita sendiri mengapa mereka itu begini, ataupun begitu.
Sebagai contoh, apabila ada orang lalu di depan kita tanpa menundukkan kepala, kita katakan orang itu tidak tahu bersopan, wanita yang berpurdah kita katakan dia taat agama, lelaki yang pendiam kita katakan orang yang baik dan begitulah seterusnya.
Ada masanya andaian kita tentang orang-orang lain adalah tepat. Sebagai contoh, kita boleh menerangkan sifat-sifat peribadi ahli-ahli keluarga kita dan rakan-rakan kita kerana kita kenal rapat dengan mereka. Kita mempunyai banyak pengalaman tentang mereka. Oleh hal yang demikian kita dapat mengatakan mereka itu adalah orang-orang yang begini, ataupun begitu. Tetapi dengan orang-orang yang kita cuma kenal-kenal bacang pun kit dengan mudah berani mengatakan mereka begini ataupun begitu.
Kita juga berani cepat-cepat mengatakan orang-orang yang baru sahaja kita kenal dua tiga minit bahawa mereka itu begini ataupun begitu. Malah kita juga berani cepat-cepat menilai orang-orang yang cuma kita kenali melalui surat khabar sahaja.
Walaupun kita tidak mengetahui banyak tentang orang-orang itu, tetapi kita berani mengeluarkan pendapat kita tentang peribadi mereka serta kita berani mengatakan mereka melakukan itu atau ini disebabkan kerana mereka begitu ataupun begini.
Ada kalanya maklumat yang ada kepada kita sangat sedikit tetapi kita masih tetap berani membuat penilaian berdasarkan maklumat yang amat sedikit. Katakanlah, kita sedang berdiri menanti bas dan kita terlihat seorang lelaki lain di tempat kita. Hati kita mungkin berkata ''Dia macam orang pekerja pejabat'', kemudian hati kita berkata lagi, ''Dia macam pekerja swasta'', kemudian hati kita berkata lagi, ''barangkali dia bekerja dengan bank''. Kita boleh membuat penilaian-penilaian seperti itu walaupun kita hanya nampak orang itu tidak sampai dua tiga minit sahaja.
Kita bukan hanya melihat apa yang kita pandang. Kita juga memproses apa yang kita lihat dan seterusnya kita membuat apa yang disebut taakulan atau inferensi. Apabila kita nampak sesuatu, kita akan mempersepsi apa yang kita lihat dengan tujuan cuba memahami apa yang kita nampak itu. Apabila kita nampak lelaki memakai ketayap putih, kita mungkin mengandaikan dia seorang yang kuat sembahyang. Apabila kita nampak wanita yang mendedahkan rambutnya, kita mungkin mengandaikan dia tidak sembahyang.
Walaupun maklumat yang kita punyai tentang kedua-dua orang itu hanya itulah sahaja, tetapi kita berani cepat-cepat membuat andaian tentang mereka. Bukan itu sahaja, kita juga yakin bahawa penilaian kita itu tepat. Tetapi lazimnya andaian kita terhadap orang-orang lain adalah tidak tepat.
Biasanya, persepsi kita berkenaan orang-orang lain adalah penilaian personaliti, di mana kita membuat pelbagai andaian berkenaan ciri-ciri peribadi mereka, dan jenis-jenis perwatakan mereka. Penilaian yang kita buat itu juga menerangkan kepada kita akan tingkah-laku orang-orang lain. Sebagai contoh, apabila kita percaya bahawa orang-orang yang pemurah adalah orang-orang yang tidak mengharapkan apa-apa balasan, maka apabila kita melihat seseorang menolong orang lain, maka kita mempunyai penjelasan mengapa orang itu menolong orang, iaitu dia seorang yang pemurah dan dia tidak mengharapkan apa-apa balasan.
Penilaian-penilaian yang kita buat ke atas orang-orang lain juga menyebabkan kita meramalkan tingkah-laku mereka yang kita nilai. Sebagai contoh, kita meramalkan orang-orang yang pemurah pada hari ini akan terus-menerus pemurah pada masa depan.
Kita meramalkan orang-orang yang bersembahyang hari ini akan terus bersembahyang pada masa depan. Di dalam bilik temu duga pekerjaan, kita yakin bahawa calon yang kita anggap layak untuk jawatan itu juga layak menjalankan tugas-tugasnya nanti.
Ramalan-ramalan kita juga mempengaruhi penilaian kita. Katakanlah kita menjadi saksi kepada sebuah peristiwa di mana kita ternampak sebuah kereta sport merah terbabas dan tercampak ke dalam longkang.
Walaupun kita tidak dapat mengagak berapa kelajuan kereta tersebut waktu kejadian itu berlaku, kita berani mengatakan bahawa kenderaan itu terbabas kerana dipandu melebihi had kelajuan yang dibenarkan. Kita membuat penilaian itu kerana kita meramalkan pemandu-pemandu kereta sport berwarna merah akan memandu dengan laju.
Ini adalah contoh bagaimana andaian-andaian yang kita pegang berkenaan jenis-jenis orang mempengaruhi cara-cara bagaimana kita mengingat balik perkara-perkara yang pernah kita alami ataupun saksikan. Sebenarnya pemandu kereta malang itu terbabas kerana terlanggar minyak di atas jalan.
Prejudis yang kita buat ke atas orang-orang lain mempunyai kesan praktikal ke atas orang-orang yang kita nilai. Penilaian kita mempengaruhi siapa orang-orang yang kita terima sebagai sahabat, siapa yang akan kita ambil bekerja dengan kita, siapa yang akan kita tolong dan siapa yang kita tentang.
Penilaian yang dibuat oleh seorang hakim ke atas kejujuran orang yang dituduh mempengaruhi keputusan yang dibuat oleh hakim itu, iaitu sama ada orang itu bersalah ataupun tidak.
Penilaian yang dibuat oleh seorang ketua pejabat ke atas bakat dan kebolehan pekerjanya mempengaruhi kemajuan kerjaya pekerja itu. Penilaian yang dibuat oleh seorang gadis ke atas watak seseorang pemuda mempengaruhi keputusan gadis itu sama ada akan menerima ataupun menolak usaha pemuda tersebut untuk merapati si gadis.
Oleh: AINON MOHD.
Utusan Malaysia 10 April 1998
Thursday, May 3, 2012
Indeks sungai
Sungai di negara ini dikategorikan kepada lima kelas:
- Kelas 1 - Airnya boleh terus diminum tanpa rawatan.
- Kelas 2 - Airnya memerlukan rawatan biasa.
- Kelas 3 - Air nampak bersih, tidak berbau, tetapi kualitinya tercemar dan orang ramai tidak boleh berenang tetapi boleh berkelah di tebing.
- Kelas 4 - Sedikit tercemar
- Kelas 5 - Sangat tercemar
Kelas 1 dan 2 - 91 (64%)
Kelas 3 - 45 (31%)
Kelas 4 dan 5 - 7 (5%)
Nota: Kelas 4 dan 5, keadaan air antara lain berbau busuk dan berwarna hitam.
sumber: Kosmo!, wqms.info
Wednesday, May 2, 2012
Batuk hilang selepas dua minggu berhenti merokok
Bagi perokok tegar, jangan bertangguh untuk berhenti merokok. Kajian terbaharu mendapati berhenti merokok selama dua minggu dapat mengubati masalah batuk dan gangguan pernafasan.
Penyelidik Universiti Texas, Karen Calabro memeberitahu, individu yang berumur di antara 18 hingga 24 tahun yang tidak merokok selama dua minggu kurang mengalami gangguan pernafasan dan batuk.
Penemuan itu berdasarkan eksperimen terhadap pelajar universiti yang merokok secara purata lima hingga sepuluh batang rokok sehari.
sumber: Kosmo!
Subscribe to:
Posts (Atom)