Pengikut dan Ex-smgrian

Thursday, May 10, 2012

COPD

COPD ialah akronim untuk Penyakit Pulmonari Sumbatan Kronik (Chronic Obstructive Pulmonary Disease), penyakit yang memberikan gangguan pernafasan kronik yang menjadikan fungsi jantung semakin hari semakin merosot sekali gus mengehadkan pengaliran udara.

Jika dibiarkan tanpa sebarang rawatan, penyakit itu boleh menyekat kebebasan rutin pesakit secara beransur-ansur. Ia adalah antara punca kematian dan kehilangan upaya utama di dunia.

Menurut rekod Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), penyakit COPD dijangka menjadi punca ketiga kepada kematian menjelang tahun 2020.

WHO turut menjangkakan jumlah kematian disebabkan COPD akan meningkat lebih daripada 30 peratus dalam tempoh akan datang kecuali tindakan segera diambil untuk mengurangkan faktor penyakit itu.

Simptom awal COPD biasanya tidak menunjukkan seseorang itu menghidap penyakit yang berbahaya seperti batuk, kesukaran bernafas, keletihan dan peningkatan pengeluaran mukus.

Tanda-tanda awal tersebut dapat dikesan sekiranya pesakit menjalani ujian spirometri.

Meskipun setakat ini masih belum ada penawar untuk penyakit COPD namun ia boleh dicegah dan boleh dirawat dengan cara berhenti merokok.

Walau bagaimanapun, mereka yang terdedah dengan kawasan berhabuk atau berasap juga tidak terkecuali berisiko menghidap penyakit itu.

Tahap kesedaran rakyat di Malaysia mengenai bahaya COPD masih rendah sedangkan COPD membunuh lebih ramai pesakit di seluruh dunia berbanding AIDS.

Simptom COPD
  • Nafas tercungap-cungap
  • Pengeluaran kahak yang keterlaluan dan batuk yang kronik, lebih dari sebulan.

Langkah pencegahan:
  • Berhenti merokok
  • Kurangkan pendedahan kepada asap, gas kimia dan habuk perlu dikurangkan
  • Mengambil suntikan vaksin selsema dan kurang bergaul dengan orang ramai semasa musim demam selsema
  • Perawatan penyakit ini dengan ubat-ubatan mengikut naishat doktor boleh mengawal kesan penyakit ini.
sumber: Kosmo!

No comments: