Sultan Abdullah mengadakan mesyuarat dengan pembesar negeri di Durian Sebatang pada 21 Julai 1875. Usul membunuh J.W.W. Birch (gambar) dikemukakan dengan pelbagai cadangan antaranya meracun, sihir dan menikamnya.
Birch tiba di Pasir Salak menggunakan rumah rakit dan perahu pada malam 1 November 1875. Keesokan harinya, jurubahasa Birch, Mat Arshad datang ke rumah Datuk Maharaja Lela memintanya supaya menemui Birch.
Pandak Indut yang tercabar dengan tindakan Mat Arshad menampal surat pengumuman cukai di kampung lantas menikamnya.
Rumah rakit Birch diserbu. Askar pengawal Birch yang ketakutan melarikan diri meninggalkan Birch keseorangan sedang mandi.
Birch direjam dengan lembing dan cuba menyelamatkan diri dengan terjun ke dalam sungai.
Ketika berenang ke tebing, Si Puntum menetak kepala lelaki Inggeris itu dengan menggunakan pedang.
Ramai wira negeri Perak yang terlibat dalam pembunuhan Birch telah ditangkap dan dihukum bunuh, antaranya Datuk Maharaja Lela, Datuk Sagor, Pandak Indut manakala Sultan Abdullah pula dibuang negeri ke Pulau Seychelles.
sumber: Utusan Malaysia
No comments:
Post a Comment