Pengikut dan Ex-smgrian

Thursday, April 5, 2012

Biodata Ringkas Sultan Abdullah

Sultan Abdullah dilahirkan pada 21 September 1842. Ayahanda baginda adalah Sultan Ja'afar Safiuddin Mu'adzam Shah.

Baginda merupakan Raja Di Hilir. Baginda kemudian dilantik sebagai Raja Muda Perak pada 1865.

Baginda ditabalkan sebagai Sultan Perak pada 1874 hingga 1876 selepas menandatangani Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874.

Selepas Perjanjian Pangkor, baginda digelar Sultan Abdullah Muhammad Shah II ibni Almarhum Sultan Ja'afar Safiuddin Mu'adzam Shah.

Baginda bernikah dengan Raja Perempuan Tipah binti Almarhum Sultan Shahabuddin Ri'ayat Shah tetapi kemudiannya bercerai. Baginda dikurniakan tujuh putera dan tiga puteri.

Pada 1875, baginda dituduh terlibat dalam pembunuhan Residen pertama British di Perak, J.W.W. Birch dan ekoran itu baginda dibuang negeri ke kepulauan Seychelles. Selepas 17 tahun dibuang negeri, baginda dibenarkan pulang ke Singapura sebelum ke Pulau Pinang dan akhirnya ke Kuala Kangsar.

Baginda mangkat pada 22 Disember 1922 di Kuala Kangsar, Perak dan dimakamkan di Bukit Chandan, Kuala Kangsar.

sumber: Utusan Malaysia

No comments: