Pengikut dan Ex-smgrian

Thursday, March 22, 2012

Sinaran matahari galak kesuburan


Bagi pasangan yang ingin mendapatkan anak, mendedahkan diri kepada sinaran matahari bukan sekadar mewujudkan suasana romantis malah menggalakkan kesuburan terutamanya bagi wanita.

Dr. Elisabeth Lerchbaum dari Universiti Perubatan Graz, Austria, berkata kaedah itu mungkin salah satu alternatif lebih murah berbanding rawatan menggunakan kaedah persenyawaan tabung uji (IVF) yang mahal.

Katanya, vitamin D yang terhasil daripada sinaran ultra ungu matahari meningkatkan hormon seks wanita iaitu progesteron dan oestrogen sebanyak 21 peratus selain kitaran haid yang lebih konsisten. Kajian itu diterbitkan dalam jurnal European Journal of Endocrinology.

Secara umum, vitamin D boleh didapati dengan memakan ikan, telur dan juga hati haiwan seperti ayam tetapi 80 peratus vitamin itu diperolehi melalui proses kimia yang berlaku apabila sinaran matahari diserap kulit manusia. Namun, pendedahan yang terlalu ekstrem boleh menyebabkan kanser kulit.

sumber: Kosmo!

No comments: