Pengikut dan Ex-smgrian

Friday, March 23, 2012

Bersukan tingkatkan kualiti sperma

Siapkan kasut sukan anda dan mula aktif bersukan. Ini kerana ada kajian mendapati lelaki yang rajin beriadah secara teratur cenderung untuk memiliki sperma yang lebih berkualiti.

Menurut Prof. Diana Vaamonde dari Universiti Perubatan Cardoba, Sepanyol, aktiviti bersukan merangsang produksi hormon testosteron yang berperanan megeluarkan sel sperma.

Kajian itu berdasarkan ujian terhadap 31 orang lelaki yng kerap bersukan selama tiga hingga lima jam sehari dalam tempoh seminggu.

Tetapi Vaamonde menegaskan aktiviti riadah itu tidak perlu dilakukan secara ekstrem kerana ia boleh menyebabkan penurunan kualiti sperma khususnya lelaki yang berumur lebih 50 tahun.

"Malah, bersukan dengan ekstrem mampu merangsang pengeluaran hormon tekanan kortisol yang berkeupayaan mengganggu hormon seks lelaki," katanya.

Sumber: Kosmo!

No comments: