Produk tenusu sememangnya diketahui umum dapat membina tulang manusia selain menjadi sumber vitamin dan protein.
Namun, penyelidikan yang dilakukan oleh sekumpulan pengkaji dari Universiti Maine, Amerika Syarikat (AS) mendapati produk tenusu seperti yogurt, keju malah aiskrim juga mampu meningkatkan daya ingatan seseorang.
Kajian yang diterbitkan dalam jurnal International Diary itu berdasarkan hasil uji kaji terhadap 972 orang lelaki dan wanita berumur 23 hingga 98 tahun mengenai pengambilan susu dalam diet makanan mereka seharian.
Hasil uji kaji itu mendapati mereka yang mengambil produk tenusu sekurang-kurangnya sekali sehari mempunyai daya ingatan yang lebih baik disebabkan kandungan nutrien seperti magnesium yang membantu mengurangkan masalah hilang ingatan.
Para pengkaji itu turut mendapati pengambilan produk tenusu secara berkala mengurangkan tekanan darah tinggi sekali gus meningkatkan keupayaan otak untuk berfungsi dengan baik.
sumber: Kosmo!
No comments:
Post a Comment