Pengikut dan Ex-smgrian

Monday, March 19, 2012

Biodata Ringkas Nabi Muhammad SAW


Nama penuh Nabi Muhammad SAW ialah Muhammad bin Abdullah.

Nabi Muhammad SAW lahir pada 12 Rabiulawal atau 20 April 571 Masihi pada Tahun Gajah.

Nabi Muhammad SAW berketurunan Quraisy.

Keturunan Baginda bersusur galur daripada Nabi Ismail AS, anak kepada Nabi Ibrahim AS kira-kira dalam keturunan ke-40.

Ayah Baginda meninggal dunia sebelum kelahiran Baginda sementara ibu Baginda meninggal dunia ketika Baginda berusia kira-kira enam tahun.

Setelah ibu Baginda meninggal, Baginda dijaga oleh datuk Baginda bernama Abdul Muthalib. Apabila Abdul Muthalib meninggal dunia, Baginda dijaga oleh bapa saudara Baginda, Abu Talib.

Sejak kecil, Baginda tidak pernah menyembah berhala dan tidak pernah terlibat dengan kehidupan sosial Arab Jahiliyyah yang merosakkan dan penuh kekufuran.

Semasa hayat Baginda, Baginda mempunyai 12 orang isteri antaranya Saiditina Siti Khadijah Khuwailid, Sawda Zam'a, Aisyah Abu Bakar, Aisha Siddiqa, Hafsah Umar.

Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang Rasul tetapi juga sebagai Khalifah, yang mengetuai angkatan tentera Islam, membawa perubahan kepada umat manusia, mengajar tentang erti persaudaraan, akhlak dan erti kehidupan yang segalanya hanya kerana Allah.

Rasulullah SAW adalah pemimpin yang memenuhi fitrah manusia sejagat melalui sifat-sifat mulia seperti amanah, siddiq, tabligh dan fatanah.

Menurut sirah, sebelum kerasulannya, pemimpin Quraish pernah memberi gelaran al-Amin kerana keunggulan Baginda dalam memberi perkhidmatan cemerlang kepada masyarakat.

Gelaran al-Amin ini telah membangkitkan rasa kasih sayang berterusan sebahagian besar masyarakat Quraish kepada Baginda.

Walau bagaimanapun cabaran yang dihadapi oleh Baginda cukup hebat. Sebagai contoh, Abu Jahal seorang pemimpin kanan Quraish pernah menawarkan jawatan raja, perempuan cantik dan harta kekayaan supaya Rasulullah SAW tidak meneruskan perjuangan Islam, namun, berdasarkan keunggulan dan maruah kepimpinan Islam maka Rasulullah menolak semua tawaran itu.

Rasulullah SAW begitu menyayangi umatnya sehinggakan di waktu sakaratulmaut pun Baginda masih terkenang mengenai nasib umatnya di dunia ini dengan keluhan yang berat. Berulang kali Baginda menyebut "umatku! umatku! umatku!"

sumber: Kosmo!, e-khutbah JAKIM

No comments: