Pengikut dan Ex-smgrian

Tuesday, March 27, 2012

Gula bahaya seperti rokok

Kerana khuatir pengambilan gula yang berlebihan oleh majoriti pengguna di seluruh dunia, ada saintis yang berharap penjualan gula dikawal seperti produk tembakau dan arak. Dr. Laura Schmidt dari Universiti California, Amerika Syarikat berkata individu yang mengambil gula berlebihan berbnding paras yang dibenarkan boleh diserang obesiti, penyakit jantung, kanser dan masalah buah pinggang.

"Pengambilan gula yang berlebihan menyumbang kepada 35 juta kematian di seluruh dunia setiap tahun. Cara terbaik untuk mengawalnya ialah dengan mengenakan cukai yang tinggi serta perlaksanaan undang-undang," dakwa Schmidt.

Beliau juga mencadangkan minuman bergas dijual lebih mahal dan dilarang penjualannya kepada individu di bawah umur 17 tahun.

sumber: Kosmo!

No comments: