Pengikut dan Ex-smgrian

Friday, March 16, 2012

Adab kepada jenazah


Ucapkanlah "Innalillahi wainna ilaihi rojiun" yang bermaksud "Sesungguhnya dari Allah kamu datang dan kepadanya kamu kembali."

Tukarkan pakaiannya dan bersihkan kekotoran yang keluar daripada duburnya.

Rapatkan kedua-dua belah matanya.

Qiamkan tangannya seperti dalam sembahyang.

Rapatkan mulutnya.

Ikat dagunya dan simpul di atas ubunnya.

Luruskan kakinya.

Ikatkan kedua ibu jari kakinya.

Letakkan di tempat yang tinggi.

Hadapkan kaki ke kiblat.


Tanda manusia sudah mati

  • Nafas terhenti.
  • Jantung berhenti berdegup.
  • Kulit berubah menjadi pucat dalam tempoh 15 hingga 20 minit selepas kematian.
  • Darah mendap ke bahagian bawah badan.
  • Penurunan suhu badan sehingga menjadi seperti suhu persekitaran.
  • Tubuh mayat menjadi kaku dan anggota badan sukar digerakkan.
  • Berlaku penguraian sehingga boleh mengeluarkan bau busuk.


Ciri-ciri mayat

Dalam tempoh satu hingga enam jam selepas kematian, otot-otot kecil seperti di muka mula mengeras, diikuti dengan otot besar. Kebiasaannya seluruh tubuh mayat mengeras dalam tenpoh 12 jam.

Di antara 24 jam hingga 36 jam, otot-otot mayat mula menjadi lembut menandakan proses pereputan telah bermula.

Cara kenalpasti identiti mayat

Mayat boleh dikenalpasti dengan pengecaman wajah.

Identiti mayat juga boleh ditentukan dengan membuat ujian perbandingan Asid deoksiribonukleik (DNA) yang dijalankan menggunakan spesimen daripada mayat dan waris.

Ujian rekod pergigian secara perbandingan menggunakan carta pemeriksaan pergigian.

Cap jari mayat akan dibandingkan dengan rekod di Jabatan Pendaftaran Negara.

sumber: Kosmo!

No comments: