Pengikut dan Ex-smgrian

Thursday, March 15, 2012

Cara-cara betul melupuskan al-Quran


Orang ramai dinasihatkan supaya menghantar naskhah-naskhah al-Quran yang hendak dilupuskan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) di negeri masing-masing.

Al-Quran atau bahan bacaan yang mengandungi ayat suci kitab ini perlu dibakar menggunakan mesin insinerator secara menyeluruh tanpa tertinggal mana-mana bahagian yang tidak terbakar.

Abu yang mengandungi ayat-ayat suci al-Quran itu pula perlu dikumpul supaya tidak ditiup angin atau bersepah.

Abu daripada bahan bakar tersebut akan diambil dan dibuang ke dalam sungai ataupun laut yang bersih dan mengalir airnya.

Kekuatan mesin insinerator terletak pada keupayaannya untuk mengawal sisa abu yang dikeluarkan akibat daripada pembakaran bahan bacaan tersebut supaya tidak bersepah ke tempat lain.

Teknologi chamber water spray digunakan dalam sistem mesin itu kerana ia dapat memerangkap sisa-sisa abu yang berterbangan.

Kitaran air semburan juga digunakan bagi memastikan sisa-sisa kecil akan terperangkap di dalam tong kitaran yang disediakan.

Keistimewaan mesin ini ialah dengan penggunaan gas LPG, penjimatan bahan bakar dapat diminimumkan.

Harga mesin insinerator dianggarkan berharga RM650,000 sehingga RM700,000.

sumber: Kosmo!

No comments: