Pengikut dan Ex-smgrian

Monday, February 20, 2012

Pembedahan pintasan gastrik lebih baik


Penghidap obesiti yang menjalani pembedahan pintasan gastrik lebih kurang risiko untuk meninggal dunia akibat serangan jantung dan strok berbanding mereka yang menerima rawatan konvensional untuk menurunkan berat badan.

Kajian di Sweden yang disiarkan dalam Journal of the American Medical Association itu mendapati mereka yang melakukan pembedahan menurunkan berat badan mempunyai penurunan yang lebih tinggi berbanding yang sebaliknya.

Pembedahan itu boleh menurunkan berat badan sebanyak 16 hingga 23 peratus dalam tempoh beberapa tahun berbanding kaedah kawalan tanpa pembedahan yang memberi kesan hanya satu peratus dalam beberapa tahun.

"Pembedahan bariatrik mempunyai kaitan dalam menurunkan angka kematian akibat sakit jantung," kata ketua pengkaji di Universiti Gothenburg, Sweden, Lars Sjostrom.

Namun begitu, ketika melihat pada perubahan berat badan, pengkaji berpandangan tiada kaitan yang signifikan terhadap keadaan kardiovaskular iaitu kadar penurunan berat badan tidak mempunyai kaitan dengan kadar kematian.

"Mesejnya ringkas sahaja, pembedahan bariatrik boleh menyelamatkan nyawa," ujar Sjostrom.

sumber: Kosmo!

No comments: