Pengikut dan Ex-smgrian

Monday, February 20, 2012

Pelajaran meningkat kerana senaman

Melakukan aktiviti senaman bukan sahaja memberi manfaat kepada kesihatan fizikal bahkan menyumbang kepada tahap kecergasan.

Satu kajian di Belanda baru-baru ini membuktikan kanak-kanak sekolah yang melakukan rutin senaman cenderung untuk memiliki prestasi akademik yang lebih baik.

Beberapa kajian di Amerika Syarikat, Kanada dan Afrika Selatan sebelum ini telah memberi keputusan yang sama.

Dalam kajian yang disiarkan dalam jurnal Archives of Pediatrics and Adolescent Medicine itu mendapati terdapat hubung kait yang signifikan antara aktiviti fizikal dan prestasi akademik murid.

Kajian itu dilakukan di Pusat Perubatan Universiti Vrije di Amsterdam, Belanda yang diketuai oleh Amika Singh.

"Sebanyak 14 kajian yang melibatkan kanak-kanak berusia enam hingga lapan tahun mendedahkan mereka yang aktif secara fizikal menunjukkan prestasi akademik," kata Amika.

Peningkatan tahap oksigen dalam otak ketika senaman memainkan peranan dalam meningkatkan keupayaan belajar di dalam kelas.

Aktiviti itu merangsang pertambahan hormon melawan tekanan dan meningkatkan minat belajar. Selain itu, aktiviti tersebut juga mendorong pembentukan sel-sel saraf baharu dan fleksibiliti sinaps.

sumber: Kosmo!

No comments: