Pengikut dan Ex-smgrian

Thursday, April 28, 2011

Kota Tampan


Antara peristiwa bersejarah yang pernah berlaku di Kota Tampan, Perak ini ialah peperangan etnik yang berlaku pada pertengahan abad ke-19.

Suatu bangsa Melayu yang dikenali sebagai Melayu Reman telah datang menyerang orang-orang Melayu di Hulu Perak.

Angkatan Melayu Reman ini telah menawan beberapa tempat seperti Nenering, Kerunai, Gerik dan Selarong.

Angkatan ini terus mara dan menawan Kampung Kubu, Lenggong dan Kampung Kota.

Bagaimanapun, apabila mereka tiba di Banggul Belimbing mereka gagal untuk menawan perkampungan tersebut kerana mendapat tentangan yang hebat daripada penduduk di situ. Akhirnya mereka berundur.

Atas kejayaan penduduk Banggul Belimbing mempertahankan kawasan tersebut daripada ditawan oleh angkatan Melayu Reman ini, maka tempat tersebut dikenali sebagai Kota Tampan yang bermaksud sekatan atau halangan.

Rangka Perak Man yang dipamerkan di Muzium Arkeologi Lenggong, Perak.

Selain daripada kisah tersebut, terdapat sebuah lagi kisah yang bersejarah di kawasan Kota Tampan iaitu penemuan beberapa alatan zaman prasejarah seperti kapak batu dan periuk belanga yang dipercayai digunakan oleh manusia prasejarah.

Kota Tampan juga merupakan tempat penemuan rangka manusia prasejarah yang digelar sebagai Perak Man.

Penemuan ini menyebabkan kawasan Kota Tampan terkenal di kalangan ahli arkeologi.

sumber: Utusan Malaysia

2 comments:

SEDAKA D'LANGKASUKA said...

Untuk lebih tepat: rangka manusia yang di sebut "PERAK MAN" telah di jumpai oleh Team Arkeologi dari USM di Gua Gunung Runtuh terletak di Bukit Kepala Gajah dalam Daerah Lenggeng, Hulu Perak.

Zairul Salleh said...

SEDANGKA D'LANGKASUKA,

Terima kasih untuk info tersebut.