Pengikut dan Ex-smgrian

Saturday, January 8, 2011

Kemboja


1. Kemboja mengamalkan sistem pemerintahan raja berperlembagaan, dengan Raja Norodom Sihamoni sebagai ketua negara.

2. Perdana menteri adalah ketua kerajaan. Kuasa perundangan dikongsi bersama cabang eksekutif oleh Dewan Parlimen.

Raja Norodom Sihamoni, Ketua Negara Kemboja

3. Kemboja mempunyai pelbagai parti perwakilan demokrasi. Malangnya rasuah berleluasa dan kerajaan bersikap tidak telus.

Hun Sen, Perdana Menteri Kemboja

4. Perdana Menteri Kemboja terkini ialah Hun Sen yang dipilih sejak tahun 1998.

5. Populasi Kemboja adalah kira-kira 14,240,000 orang (tahun 2008).

6. Ibu negara Kemboja, Phnom Penh mempunyai populasi kira-kira 1,300,000 orang.

7. Kemboja berkeluasan 181,040 kilometer persegi.

8. Majoriti penduduknya, 90 peratus adalah etnik Khmer, 5 peratus Vietnam, satu peratus Cina dan empat peratus meliputi Melayu, Jarai, Khmer Loeu dan orang Eropah.

9. Ekoran era pemerintahan Khmer Rouge, Kemboja didominasi populasi golongan muda berumur lingkungan 21.7 tahun dan hanya 3.6 peratus berumur melebihi 65 tahun.

10. Kadar kelahiran di Kemboja ialah 3.37 bagi setiap wanita. Kadar kematian bayi ialah 56.6 bagi setiap 1,000 kelahiran.

11. Kadar celik huruf ialah 73.6 peratus.

12. Bahasa rasmi Kemboja ialah Khmer yang mempunyai tulisan unik iaitu abugida.

13. Kebanyakan rakyat Kemboja mengamalkan agama Buddha. Agama lain ialah Islam (tiga peratus) dan Kristian (dua peratus).


14. 35 peratus rakyat Kemboja hidup di bawah garis kemiskinan.

15. Ekonomi rakyat Kemboja dipacu oleh sektor pertanian dan pelancongan. Sekitar 75 peratus tenaga kerja adalah petani.

Sumber: akhbar Kosmo!

No comments: