Pengikut dan Ex-smgrian
Wednesday, December 29, 2010
Piramid Giza
Piramid Khufu atau Cheops merupakan struktur tertinggi di Bumi untuk 43 kurun lamanya. Ia juga adalah keajaiban daripada dunia purba yang tertua dan masih dipelihara dengan baik sehingga kini.
Piramid Giza
Piramid Giza adalah sebuah tempat untuk mengebumikan raja-raja Mesir purba atau dikenali sebagai Firaun. Terdapat tiga piramid besar di Giza, dipanggil 'Necropolis' atau Bandar Kematian, terletak di luar Kaherah. Piramid yang terbesar dan tertua adalah Piramid Khufu atau dikenali juga dengan nama Cheops, setinggi 145.75m (481 kaki). Terletak berhampiran dengan Piramid Khufu adalah Piramid Khefre dan Menkaure dan juga patung Sphinx yang terkenal.
Bagaimana piramid dibina?
Piramid-piramid ini mengambil masa dua puluh tahun untuk dibina sewaktu pemerintahan Firaun Khufu, iaitu sekitar 2,560 Sebelum Masehi. Ribuan hamba abdi telah diperintahkan untuk mengangkat bongkah-bongkah batu seberat 1,814 kg (2 tan) untuk membina piramid. Roda-roda kayu telah digunakan untuk menggolekkan bongkah-bongkah batu tersebut ke tempatnya. Piramid-piramid ini dialas dengan batu rata, cebisan-cebisannya masih boleh dilihat di puncak piramid Khefre.
Apakah kepentingan bentuk piramid?
Piramid mempunyai bentuk yang sangat geometri. Kaum Mesir purba percaya dengan menggunakan bentuk-bentuk tetap seperti segiempat, bulatan dan segitiga pada rekabentuk bangunan mereka dapat menyelamatkan tamadun mereka daripada dimusnahkan oleh banjir dan bencana alam yang lain. Mereka yakin bahawa bentuk piramid yang memuncak ke angkasa dapat mendekatkan firaun kepada dewa-dewa mereka dan memberikannya kehidupan yang abadi.
Sphinx
Patung Sphinx di Giza direkabentuk menyerupai badan seekor singa manakala bahagian kepalanya diukir wajah Firaun Kefre. Panjangnya 73.5 meter (241 kaki) manakala ketinggiannya 20 meter (65 kaki). Sphinx diukir daripada batu batan sewaktu pembinaan Piramid Khefre sekitar 2555 - 2532 Sebelum Masehi.
Apakah yang terdapat di dalam piramid?
Koridor-koridor misteri menuju ke ruang pengebumian Firaun terdapat di tengah-tengah piramid. Piramid direkabentuk dengan begitu baik dan hanya ada 1 cm (satu pertiga daripada satu inci) jarak antara kubur dan dinding-dinding kamar di dalam piramid. Piramid-piramid juga menyimpan barang-barang yang berharga namun kebanyakannya telah dicuri oleh perompak-perompak dan penceroboh kubur. Dipercayai juga pekerja-pekerja Firaun Khufu telah dikorbankan dan dikebumikan bersama-sama Firaun di dalam piramid.
Sumber: Wonders of the World terbitan Top That Publishing.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment