- Berwaspada apabila ada orang yang tidak dikenali mengekori anda.
- Aturkan seseorang untuk menemani anda pulang ke rumah.
- Elakkan daripada memakai barang kemas atau membawa wang yang banyak.
- Rancang perjalanan anda dan elakkan dari melalui tempat gelap atau sunyi.
- Bawa alat penggera bersama anda dan gunakan ia untuk mencegah perompak atau untuk menarik perhatian orang yang berdekatan.
Apa yang perlu dilakukan jika disamun:
- Bertenang.
- Jangan bertindak jika perompak berkenaan mempunyai senjata.
- Perhatikan gerak-geri perompak seperti perwatakan, air muka, pakaian, tingkah laku, pergerakan dan keterangan fizikal yang lain. Ia boleh membantu polis untuk mengesan perompak berkenaan.
- Perhatikan juga ke mana arah dan cara perompak itu melarikan diri. Jika ia menggunakan kenderaan, rekodkan nombor pendaftaran, warna kenderaan dan jenis kenderaan. Pastikan juga ke arah mana ia pergi.
Di mana peragut dan penyeluk saku bertindak?
- Di jalan atau lorong yang gelap dan sunyi.
- Menggunakan motosikal atau kereta.
Punca ia boleh berlaku
- Memakai barang-barang kemas yang sangat ketara.
- Membawa beg tangan yang mudah diragut.
- Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak.
- Meninggalkan beg-beg berisi wang di kaunter pintu masuk pusat membeli-belah.
- Menyimpan beg duit di kocek-kocek belakang yang tidak berbutang.
- Membawa wang yang minima.
- Sentiasa membimbit atau mengepit beg tangan.
- Jangan mendedahkan barang-barang kemas yang dipakai.
- Sentiasa berjalan secara bertentangan dengan arus lalu lintas.
- Elakkan dari meletak beg tangan yang mudah dicapai oleh orang lain umpamanya di atas kaunter, di dalam bakul pasar dan sebagainya.
www.rmp.gov.my
No comments:
Post a Comment