Keretapi Al-Mashaaer yang menghubungkan jemaah haji di antara Mina ke Padang Arafah. (imej dari idristalu.blogspot.com)
- Kunjungan jemaah ke Mekah dan Madinah meningkat pada bulan Ramadan, musim cuti sekolah dan musim haji.
- Pada tahun ini kira-kira 2.8 juta jemaah haji dari seluruh dunia menunaikan haji.
- Buat pertama kali, perkhidmatan kereta api membawa jemaah haji di antara Mina ke Padang Arafah melalui Muzdalifah.
- Sejak beberapa tahun lalu kerajaan Arab Saudi melaksanakan projek pelebaran daratan dan bangunan-bangunan berhampiran Masjidil Haram termasuk hotel-hotel bertaraf lima bintang.
- Laluan ke kawasan Makam Nabi Muhammad SAW bersebelahan dengan makam Saidina Abu Bakar As-Siddiq dan Saidina Umar Al-Khatab, sesak tanpa mengira waktu dengan kunjungan jemaah memberi penghormatan.
- Ketua Jabatan Pendidikan Matematik dan Sains Universiti Malaya (UM), Prof. Nik Azis Nik Pa, pernah menyarankan agar pentadbir masjid di negara ini mencontohi Masjidil Haram dan Masjid Nabawi yang diiktiraf sebagai masjid terbaik dalam negara-negara Islam.
- Sejak empat tahun lalu menyaksikan penambahan lorong sa'i daripada dua lorong pada empat lorong.
No comments:
Post a Comment