1. Ventrilokis ditakrifkan dari bahasa Latin iaitu 'bercakap dari dalam perut'.
2. Ketakutan terhadap boneka ventrilokis dinamakan automatonophobia.
3. Filem dan program berkaitan ventrilokis adalah Magic, Dead of Night, Dead Silence dan The Twilight Zone.
Antara ventrilokis ternama dunia
Edgar Bergen
Pelopor ventrilokis ini terkenal sekitar tahun 1940-an bersama bonekanya yang diberi nama Charlie McCarthy.
Terry Fator
Pemenang musim kedua America's Got Talent turut dikenali Million Dollar Voice kerana beliau berupaya menghasilkan 100 suara berbeza dan mempunyai 16 buah boneka pelbagai jenis.
Fred Russell
Dilahirkan di Britain dan memulakan karier beliau sebagai wartawan. Beliau digelar The Father of Modern Ventriloquism kerana menjadi individu pertama yang memperkenalkan boneka yang boleh diriba ketika beraksi.
The Great Lester
Nama sebenarnya adalah Harry Lester. Terkenal dengan jolokan Grandfather of Modern-Day Ventriloquism, beliau yang berasal dari Poland ini berupaya mengeluarkan suara sambil meminum air.
Sumber: Kosmo!
No comments:
Post a Comment