Pengikut dan Ex-smgrian

Saturday, December 25, 2010

Makan sambil akses komputer cepat lapar


LONDON - Sekumpulan saintis mendedahkan mengambil makan tengah hari sambil mengakses komputer akan menyebabkan seseorang itu akan menjadi cepat lapar, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Kumpulan penyelidik dari Universiti Bristol yang melakukan kajian tersebut mendapati pelajar yang makan sambil mengakses komputer lebih cenderung berasa lapar dan mengambil snek pada waktu siang.

Menurut mereka, keadaan itu berlaku kerana selera makan dipengaruhi memori dan daya tumpuan manusia.

Mereka kemudian merumuskan bahawa gangguan pada waktu makan boleh menyebabkan seseorang makan dengan lebih banyak sekaligus menyebabkan kegemukan. - Agensi,Kosmo!

No comments: