* Sunnah mengerjakan solat hari raya di kawasan lapang atau musholla (tempat terbuka seperti padang sehingga khatib dapat melihat semua hadirin) merupakan satu amalan yang jarang dilakukan di Malaysia melainkan beberapa kelompok kecil yang benar-benar kuat berpegang kepada sunnah Nabi SAW. Apakah musholla itu berbeza dengan masjid? Abu Said al-Khudri r.a berkata:
- Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 956.
"Pada hari Aidil Fitri dan Aidil Adha, Rasulullah SAW keluar menuju ke musholla. Ketika itu, perkara pertama yang dilakukan oleh Baginda ialah mengerjakan solat hari raya (tanpa ada sebarang solat sunat)."
Tentang hikmah mengerjakan solat hari raya di musholla, Syeikh Abu Ubaidah Masyhur bin Hasan telah berkata:
-Rujuk Koreksi Total Ritual Shalat, Syeikh Abu Ubaidah Masyhur bin Hasan, masa. 394.
"Sesungguhnya mengerjakan kedua-dua solat hari raya di tanah lapang mengandungi hikmah yang besar. Di antaranya adalah seluruh kaum muslimin setidak-tidaknya mereka boleh berkumpul bersama (bersua muka) dua kali dalam setahun. Semua orang dari seluruh pelusuk negeri akan berkumpul di sebuah tempat sama ada lelaki, perempuan atau kanak-kanak. Mereka semua menghadap Allah dengan hati yang penuh konsentrasi, dikumpulkan dengan satu kalimat (tauhid), solat di belakang seorang imam, membaca takbir dan tahlil bersama dan berdoa kepada Allah dengan penuh ikhlas. Seakan-akan hati mereka terikat menjadi satu, merasa bahagia dan mensyukuri nikmat Allah yang telah dilimpahkan kepada mereka. Dengan itu, hari raya benar-benar bermakna bagi mereka."
Mengerjakan solat Aidil Fitri
* Di antara syiar yang paling utama dalam menyambut Aidil Fitri adalah perlaksanaan solat Aidil Fitri sebanyak 2 rakaat oleh seluruh umat Islam. Ibn Abbas r.a berkata:
-Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 989.
"Rasulullah SAW telah keluar pada hari raya Aidil Fitri kemudian terus mengerjakan solat hari raya sebanyak 2 rakaat. Baginda tidak melakukan sebarang solat sebelum dan sesudahnya."
* Disunnahkan menyampaikan khutbah sesudah mengerjakan solat hari raya Aidil Fitri. Abu Sa'id al-Khudri r.a berkata:
- Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 956.
"Pada hari raya Aidil Fitri dan Aidil Adha, Rasulullah SAW akan keluar menuju musholla. Perkara pertama yang dilakukan oleh Baginda (apabila tiba di masjid) Baginda akan mengimami solat. Kemudian, Baginda akan berpusing dan menghadap ke arah makmum yang sedang duduk di dalam saf mereka. Seterusnya, Baginda akan memberikan nasihat, wasiat dan perintah kepada mereka (khutbah)."
* Para jemaah tidak diwajibkan menghadiri atau mendengar khutbah hari raya. Sebaik sahaja selesai mengerjakan solat hari raya, sesiapa yang tidak ingin turut serta mendengar khutbah maka dia dibenarkan meninggalkan majlis itu. Abdullah bin al-Sa'ib r.a berkata:
- Hadis riwayat Abu Daud di dalam Sunannya, no: 975.
"Aku pernah menghadiri solat hari raya bersama Nabi SAW. Setelah selesai solat Baginda bersabda: "Sesungguhnya kami akan berkhutbah. Oleh itu, sesiapa ingin duduk mendengar khutbah, dia boleh duduk. Sesiapa yang ingin pergi, dia boleh beredar."
No comments:
Post a Comment