Pengikut dan Ex-smgrian
Sunday, August 22, 2010
Wira tidak dicanang (unsung heroes)
1. Kiyai Hashim Abdul Hamid
-melumpuhkan kegiatan komunis di Melaka
2. Koperal Yaakob Bidin
-berjuang menentang Jepun dan juga rakan kepada Leftenan Adnan
3. Ibrahim Abdullah
-Ahli Perikatan Melayu Perak (PMP) yang membantah pembentukan Malayan Union
4. Khatijah Sidek
-perjuangan hak bagi kaum ibu dan wanita
5. Yong Shook Leng
-sumbangan ke arah penubuhan MCA dan menyatupadukan masyarakat Cina ke arah mencapai kemerdekaan negara
6. Dr. Soo Kiam Lan
-seorang doktor yang bekerja keras memberi kesedaran pada komuniti Cina supaya mendaftar sebagai warga Malaya di zaman darurat
7. Sarjan Choo Woh Soon
-terlibat dalam Operasi 'Seladang' (serang hendap) dan menunjukkan ciri-ciri keberanian dengan menghapuskan pengganas komunis yang paling dikehendaki iaitu Ngow Lai. Beliau juga pernah menerima Pingat Gagah Berani (PGB)
8. Ramasammah Bhupalan
-seorang guru wanita yang terlibat dalam gerakan anti-British dan merupakan aktivis sosial mengenai hak sama rata kaum wanita
9. K.L. Desaver
-bekas Presiden MIC yang bertanggungjawab dalam penyatuan Parti Perikatan dan membantu merangka deraf Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
10. E.E.C. Thuraisingam
-seorang pejuang dalam bidang pendidikan awal dan penggubal kurikulum sekolah-sekolah India di awal kemerdekaan. Pencetus penubuhan Persatuan Sejarah Malaysia bagi mencintai negara sendiri.
11. Zakarian Gunn
-bertanggungjawab membebaskan Sabah daripada belenggu penjajah termasuk menggubal perlembagaan Pertubuhan Kebangsaan Bersatu Sabah (USNO) selepas pembentukan Malaysia. Turut menemui Suruhanjaya Cobbold dan bekerjasama dengan Tunku Abdul Rahman.
12. Suhaimi Mohamad
-antara pengasas Parti Kebangsaan Melayu dan Persatuan Melayu Labuan yang berjuang menuntut kemerdekaan.
13. Datu Patinggi Abang Abdullah
-seorang guru yang menuntut kemerdekaan Sarawak dari Brunei dan menyatukan kaum Bumiputera Melayu dan Iban Sarawak dalam menentang penjajahan.
14. Iban Tracker Micheal Menggenong Anak Pinggit GM
-penerima Pingat Cross Medak di atas keberaniannya membunuh 10 orang pengganas komunis, 126 orang musuh dan terlibat dalam 51 pertempuran semasa perkhidmatannya.
15. Leftenan Muda Albert Manasseh
-terlibat secara langsung dalam pelbagai operasi semasa zaman konfrontasi khusus di Rejimen Meriam Persekutuan.
Sumber: Kosmo!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Terima kasih saudara Fakeh, insya Allah saya akan membaca artikel2 tersebut.
Post a Comment