Pengikut dan Ex-smgrian

Sunday, August 22, 2010

7 Masjid Agung


1. Masjidil Haram
  • Merupakan masjid yang terbesar di dunia.
  • Kaabah yang menjadi kiblat umat Islam bersolat terletak di tengah-tengahnya.
  • Setiap tahun, jutaan penganut Islam akan menunaikan haji dan umrah di sana.


2. Masjid al-Aqsa
  • Terletak di bandar ketiga paling suci dalam Islam selepas Mekah dan Madinah.
  • Masjid ini berhampiran dengan Kubah Batu berwarna emas.
  • Dibina pada abad ke-7 sekali gus menjadikan ia salah satu antara masjid tertua di dunia.


3. Alhambra
  • Dibina oleh arkitek Muslim dan pemerintah Andalusia yang ketika itu beragama Islam pada abad ke-13.
  • Ia diilhamkan daripada terjemahan ayat-ayat al-Quran yang menceritakan tentang keindahan syurga.


4. Masjid Biru
  • Dibina pada tahun 1561 Masehi.
  • Dipanggil Masjid Biru kerana keindahan jubin dan mozek birunya yang melatari dinding dari bahagian kubah masjid.
  • Merupakan lambang kejayaan kerajaan Islam Uthmaniah.


 5. Masjid Agung Djenne
  • Masjid lumpur tertinggi dan tertua di dunia.
  • Ruang dalamnya sempit dan terdapat banyak tiang yang menyokong strukturnya.
  • Setiap hari Jumaat, masjid ini dipenuhi jemaah untuk mengerjakan solat Jumaat.


6. Masjid Imam
  • Mempunyai seni bina dan dekorasi yang mengagumkan.
  • Dibina pada abad ke-16 dan 17.
  • Melambangkan kuasa pemerintahan kerajaan Parsi ketika itu.


7. Masjid Badshahi
  • Dibina pada 1673.
  • Merupakan contoh terbaik untuk menunjukkan keindahan seni bina Mughal.

Sumber: Kosmo!

No comments: