Malam tadi aku merasa sate kajang di Restoran Serai Sate Kajang yang terletak di Medan Ipoh Bistari. Jangan terkeliru dengan Sate Kajang Haji Samuri kerana Sate Kajang Haji Samuri adalah sate kajang yang original. Serai Sate Kajang sekadar menumpang nama sate kajang sahaja. Aku tidak pasti sama ada pemilik kedai ini memang berasal dari Kajang, Selangor atau disebabkan saiz satenya yang besar-besar maka sebab itu ia diberi nama sate kajang.
Bagaimanapun, layanan di kedai ini agak memuaskan walaupun aku pernah terbaca di dalam sebuah blog tentang teruknya layanan di kedai ini (biasalah, selalunya tentang kecepatan makanan dihidangkan, bila perut dah lapar dan hidangan lambat sampai mestilah banyak komplen kan, nak komplen buat sate sendiri la!)
Aku bersama ayah dan dua orang adikku. Kami memesan 25 cucuk sate ayam (70 sen secucuk), ayah memesan kopi O, adikku masing-masing memesan air buah-buahan manakala aku memesan teh serai panas (memang best teh ni).
Jadi, kepada pengunjung-pengunjung yang baru sampai ke Ipoh, selain mencuba Sate Endut (dah tak berapa popular sekarang) apa kata berkunjung ke Serai Sate Kajang di Jalan Medan Ipoh 1E, Medan Ipoh Bistari (berhampiran Tesco dan McDonald's), kalau tak sedap jangan marah aku, selera masing-masing.
No comments:
Post a Comment