AMALAN makan sebiji epal 30 minit sebelum makan dapat membantu mengurangkan rasa lapar.
PERIBAHASA lama Barat ada mengatakan, makan sebiji epal sehari, anda tidak perlu berjumpa doktor sudah umum diketahui, tetapi kini saranan itu terkandung dalam program 3-Epal-Sehari yang mampu menyusutkan berat badan beberapa paun.
Beberapa tahun lepas, di bandar Wenatchee di negeri Washington, Amerika Syarikat (AS), berat badan penduduk di situ mula susut bukan disebabkan kurang makan, diet terkini atau pil pelangsingan tetapi melalui perubahan gaya hidup yang mendatangkan hasil yang cukup mengejutkan.
Seorang wanita susut 19 paun lemak badan sepanjang 12 minggu manakala seorang lelaki pula berjaya susut 35 paun dalam jangka masa sama. Keseluruhannya, seramai 346 orang yang mengikuti program itu susut lebih daripada 6,000 paun lemak dalam 12 minggu.
Bagaimana ia berlaku? Dengan hanya memakan tiga biji epal Washington Apples sehari di samping program pemakanan dan senaman yang seimbang.
Program 3-Epal-Sehari diilhamkan oleh Pakar Pemakanan Berdaftar, Tammi Flynn.
Flynn, yang ketika itu menjawat pengarah nutrisi sebuah gim tempatan menemui formula unik ini. Salah seorang pelanggannya, yang tiada hasil daripada program dietnya - malah bertambah lapar disebabkan terpaksa mengurangkan makanan - melazimi memakan sebiji epal sebelum setiap waktu makan. Hasilnya, dia berjaya menyusutkan satu setengah paun dalam masa satu minggu.
Flynn mencuba kaedah sama ke atas pelanggan lainnya dan menampakkan hasil yang hebat. Kejayaan saranan itu meyakinkan seramai 346 penduduk Wenatchee menyertai program diet itu dan memakan lebih daripada 87,000 biji epal Washington Apples selama 12 minggu. Sepanjang tempoh ini mereka susut sejumlah 6,126 paun lemak.
Program 3-Epal-Sehari merupakan satu kejayaan. Mudah dan ringkasnya petua saranan program 3-Epal-Sehari menjadikan program ini cara terbaik bagi menyusutkan berat badan.
Ia tidak melibatkan diet, sebaliknya mereka disuruh makan sebiji epal sebelum sarapan pagi, tengah hari dan malam. Di samping itu, pengambilan snek berkhasiat sepanjang hari dan senaman berkala membolehkan anda menyaksikan secara langsung penurunan lemak badan anda.
Tiada juga pakej makanan siap mahal untuk anda beli, hanya epal Washington Apples yang berkhasiat dari sudut buah-buahan segar di dalam kedai runcit berhampiran.
Kajian daripada Universiti California-Davis menyokong peranan epal dalam penyusutan lemak badan.
Disebabkan epal Washington mengandungi banyak fiber - malah sebanyak 4 hingga 5 gram sebiji epal - ia membantu mengurangkan rasa lapar dan bertindak sebagai peningkat daya susutan lemak. Gula semula jadinya juga menampang keinginan memakan makanan yang tinggi kandungan gula proses.
Program pemakanan itu, selain daripada epal Washington, ia melibatkan karbohidrat, protein ringkas, buah-buahan dan sayuran dan disertai sedikit kandungan lemak penting.
Contohnya:
* Sarapan pagi: Telur dadar berkeju dan secawan bubur
* Tengah hari: Dada ayam salai dengan brokoli kukus dan setengah cawan beras perang.
* Malam: Salad salmon salai.
Oleh kerana buah epal menghimpunkan lebih banyak air dalam perut, ini menyebabkan rasa kenyang kekal lebih lama. Suruhanjaya Washington Apples menyarankan orang ramai yang ingin mengurangkan berat badan memakan sebiji epal 30 minit sebelum makan bagi mengurangkan rasa lapar.
Jika mengurangkan berat badan adalah antara azam tahun baru anda, penyelesaiannya semudah 1,2,3. Tidak mustahil, dengan mengikuti program 3-Epal-Sehari dan menghindari diet popular, penggantian makanan yang mahal dan kelaparan yang dipaksa, anda akan mengalami perubahan keseluruhan penampilan anda!
Epal Washington kini boleh didapati di pasar raya hiper, pasar raya besar dan kedai runcit segar di seluruh Malaysia. Pelbagai pilihan termasuklah Red Delicious, Granny Smith, Fuji, Gala, Golden Delicious, Jonagold, Cripps Pink, Braeburn dan Cameo.
Washington Apple pilihan terbaik kerana:
- Pokok-pokoknya yang subur kerana disirami air glasier jernih dari Pergunungan Cascade. Malah, antara penyebab utama epal Washington begitu berkhasiat kerana 80 peratus jisim buahnya mengandungi air.
- Pokoknya tumbuh di tanah lahar subur.
- Pokoknya ditanam di persekitaran kering untuk menghindarkan serangga dan penyakit.
Daripada arkib Kosmo!
No comments:
Post a Comment