Pengikut dan Ex-smgrian

Monday, November 23, 2009

Cecair di skrotum

Pembentukan hidrosele mungkin merupakan suatu petanda tumor di buah zakar.


PERBANDINGAN menunjukkan buah zakar normal (kiri) dan buah zakar yang mempunyai pengumpulan cecair.

HIDROSELE adalah pengumpulan cecair dalam skrotum. Perkataan hidrosele itu berasal dari perkataan hidro iaitu air. Secara logiknya, cecair yang terkumpul itu sepatutnya tidak berwarna, namun dalam realiti, ia berwarna jingga kekuningan.

Faktor pembentukan hidrosele:

* Apabila buah zakar jatuh ke dalam skrotum, ia juga membawa bersama satu lapisan yang dinamakan processus vaginalis. Secara normalnya, processus vaginalis perlulah tutup kembali secara spontan, tetapi kadangkala ia tutup sebegitu iaitu ia membenarkan cecair peritoneal dari abdomen mengalir ke dalam skrotum.

* Penghasilan cecair secara berlebihan, di mana berlakunya keradangan atau jangkitan kuman dalam buah zakar atau pada epididimis. Keadaan ini juga dikenali sebagai hidrosele sekunder.

* Apabila pengaliran air tidak berjalan dengan lancar dalam bahagian buah zakar, ia berkemungkinan menjurus kepada pengumpulan air iaitu pembentukan hidrosele.

* Sebarang pengaliran limfa yang terbentuk selepas pembedahan hernia atau varikosele. Varikosele merupakan kumpulan vena yang mengembang dalam korda sperma.

* Pembentukan hidrosele mungkin merupakan suatu penanda bagi tumor buah zakar. Jadi amatlah penting untuk berjumpa dengan pakar jikalau mendapati adanya pembentukan hidrocele.

Kebanyakan hidrosele dikesan di kalangan kanak-kanak, tetapi ia selalunya akan hilang secara spontan tanpa sebarang rawatan. Kejadian akan mudah dikesan pada waktu pagi dan apabila kanak-kanak itu berjalan, tetapi ia akan hilang pada waktu malam apabila kanak-kanak itu baring atas katil. Hakikatnya, patofisiologi hernia dan hidrosele di kalangan bayi adalah sama. Kedua-duanya terbentuk akibat daripada processus vaginalis.

Simptom-simptom:

* Pembengkakan pada satu atau kedua-dua skrotum. Selalunya tidak sakit, tetapi apabila ia berkembang dan semakin besar, akan mendatangkan ketidakselesaan.

* Apabila diperiksa dengan lampu dengan menekan pada bahagian skrotum, bahagian hidrosele akan menjadi lebih cerah akibat pantulan cahaya dengan cecair yang terkumpul.

Komplikasi:

* Pendarahan dalaman boleh berlaku secara spontan atau akibat daripada kecederaan.

* Proses herni, dalam hidrosele melalui otot-otot skrotum.

* Hidrosele akan menjadi semakin keras pada jangka masa panjang.

Rawatan:

Di kalangan kanak-kanak, apabila processus vaginalis dikesan, ia haruslah dikepit supaya pengaliran cecair peritoneal ke dalam skrotum dapat dielakkan. Di kalangan dewasa pula, pembedahan dilakukan melalui skrotum. Cecair akan disedut dan penutup kulit itu diterbalikkan untuk mengelakkan pengumpulan cecair pada masa hadapan.

Oleh Dr. Ganguli Gautam

Daripada arkib Kosmo!

No comments: