Belacan adalah ramuan di dalam kebanyakan masakan tradisi orang Melayu dan ia dijadikan sambal belacan, dimakan bersama pelbagai ulam. Belacan juga sudah menjadi ramuan di dalam masakan masyarakat Asia Tenggara. Ia dikenali sebagai Terasi di Indonesia, Ngapi di Myanmar, Kapi di Thailand, Kemboja dan Laos, Mam tom di Vietnam dan Bagoong alamang di Filipina.
Belacan diperbuat daripada udang geragau atau udang siring. Udang ini akan dibersihkan dan dicampur dengan garam dan diperam selama seminggu atau sebulan.
Udang yang diperam akan dijemur, kemudiannya akan dimesin menjadi lebih halus dan sekali lagi selepas proses itu udang ini akan dijemur lagi di terik matahari. Kemudian akan ditumbuk dan selepas ditumbuk ia akan dijemur semula dan proses ini akan mengambil masa lebih kurang tiga hari bagi memastikan mutunya.
Belacan yang telah siap dihasilkan akan dipotong dalam bentuk blok empat persegi dengan berat kira-kira 600 gram setiap blok dan setiap blok belacan ini dijual dengan harha RM6.
Udang siring ini hanya boleh didapati dalam musim-musim tertentu sahaja iaitu antara bulan Disember hingga Mac pada setiap tahun dan selepas bulan ini udang-udang ini sukar untuk diperolehi.
Dipetik daripada Utusan Pengguna keluaran Nov - Dis 2009
No comments:
Post a Comment