perubahan emosi di antara wanita dan lelaki 'capai' akil baligh adalah sama
BULU-BULU mulai tumbuh di bahagian pubik, ketiak dan kaki. Anak-anak gadis pula akan mulai mengalami kedatangan haid dan kemudian diikuti dengan kitaran di mana ovari akan membebaskan telur.
Kitaran ini juga akan menghasilkan keputihan di antara tempoh perantaraan kedatangan haid.
Lelaki pula hanya akan memasuki tempoh akil baligh lebih lewat berbanding perempuan iaitu antara usia 13 hingga 15 tahun. Memandangkan lelaki tidak menunjukkan petanda ketara seperti kedatangan haid apabila mereka mencecah peringkat akil baligh, satu kombinasi karakteristik boleh menyedarkan anda tentang bermulanya peringkat akil baligh anak anda.
Yang dramatiknya ialah pertumbuhan mendadak dalam kebanyakan lelaki. Mereka akan menjadi lebih tinggi manakala bahu bertambah luas. Inilah masa yang sesuai untuk anda membeli pakaian baru bagi anak lelaki anda dengan lebih kerap.
Suara seseorang anak remaja lelaki mulai bertukar menjadi garau. Bahagian zakar, skrotum dan testis akan berkembang sekali gus mengubah penampilan mereka biarpun pada peringkat ini, kebanyakan remaja lelaki sudah tidak selesa untuk membiarkan ibu bapa mereka melihat perubahan tersebut.
Akil baligh adalah masa di mana lelaki dan anak gadis menjadi lebih rimas terhadap penampilan mereka khasnya pada bahagian-bahagian sulit.
Remaja lelaki akan mulai mengalami 'mimpi basah' dan ini adalah perkara biasa yang tidak perlu dibangkitkan oleh ibu bapa di hadapan adik-beradik yang lain.
Seboleh-bolehnya, ibu bapa perlu menyakinkan anak bahawa ini adalah sebahagian daripada proses menjadi matang.
Sebaik sahaja anak lelaki mencapai peringkat akil baligh, mereka perlu menyedari 'keupayaan' mereka untuk menyebabkan seseorang gadis mengandung. Jadi, ini adalah masanya untuk mengingatkan anak tentang erti bertanggungjawab dalam segala tingkah lakunya.
Perubahan emosiPerubahan emosi sewaktu mencecah peringkat akil baligh adalah sama di antara remaja lelaki dan perempuan. Keengganan mendengar nasihat, merungut atau menangis tanpa sebab adalah antara kerenah anak remaja anda pada peringkat kehidupan awal akil baligh ini.
Perubahan hormon yang dihasilkan oleh tubuh anak gadis mencetuskan emosi yang tidak stabil dan anda hanya boleh bersabar dengan perangainya.
Meskipun ia satu proses semula jadi dan tidak dapat dielakkan, anda sebenarnya mampu mendidik anak remaja tentang apa yang boleh atau tidak boleh dilakukan mereka.
Ketidakstabilan mood mungkin sebahagian daripada proses akil baligh tetapi ini tidak bermakna anak gadis anda boleh melawan kata-kata anda. Begitu juga dengan anak lelaki anda. Apabila dia mulai merasakan diri telah dewasa dan lebih daripada sekadar lelaki, kemungkinan nasihat anda sudah tidak diendahkan lagi.
Buatlah keputusan terhadap apa yang dibenarkan dan dianggap munasabah untuk diri anda dan anak. Pastikan keputusan yang dibuat adalah konsisten.
Sekiranya anda membiarkan anak remaja 'memijak kepala' anda, tentulah sukar untuk mendidiknya kelak. Lebih-lebih lagi selepas mereka melangkah ke alam persekolahan di peringkat menengah.
Peringkat akil baligh mungkin sesuatu yang baru untuk anak anda tetapi ia sudah tentunya bukan satu pengalaman unik. Anda sendiri telah pun melaluinya dan sekarang masanya anda mengharunginya bersama anak remaja anda pula.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.parentingteens.com.
Daripada arkib Kosmo!
No comments:
Post a Comment