Pengikut dan Ex-smgrian

Friday, October 30, 2009

Terjun Bungee


Dikenali sebagai Bungee, Bungy, Bunjee, Le Benji atau Suicide Practice dan semakin digemari dewasa ini, khususnya belia.

Perkataan 'bungee' mula diperkenalkan sekitar tahun 1930 dan nama itu digunakan untuk getah pemadam.

Menurut A.J. Hackett (orang yang mempopularkan terjun bungee), bungee ialah slanga orang New Zealand untuk tali elastik. Meskipun bahaya besar boleh dihadapi dalam terjunan yang terlalu tinggi itu, jutaan penerjun bungee telah berjaya dalam aktiviti tersebut sejak tahun 1980'an.

Malangnya, kadar kemalangan dalam sukan lasak ini terlalu tinggi dan amat mengerikan. Salah satu kesilapan yang sering menyebabkan kemalangan ialah menggunakan tali yang terlalu panjang.

Tali hendaklah lebih pendek daripada ketinggian platform untuk memberi ruang kepada tali untuk menegang dan menjadikan penerjun selamat.

Sumber: Sinar Harian

No comments: