Pengikut dan Ex-smgrian
Monday, November 2, 2009
Kuala Sepetang
Kuala Sepetang adalah nama asal Port Weld.
Kuala Sepetang adalah nama rasminya yang diisytiharkan kerajaan negeri Perak.
Ia terletak di kuala sungai menghadap Selat Melaka di sebelah barat, iaitu di negeri Perak dalam daerah Taiping.
Sepetang merujuk kepada keindahan sinar merah matahari di ufuk barat.
Sinar matahari merah di titik horizon Selat Melaka menjadi nostalgia kepada sesiapa sahaja yang pernah menikmatinya.
Kuala Sepetang pernah dikenali sebagai Port Weld di mana ia menjadi kelaziman pegawai British untuk menamakan sesuatu tempat, bangunan dan jalan raya menggunakan nama sahabat-sahabat dan pembesar mereka dari Britain.
Weld bersempena nama Sir Frederick Weld yang tiba di Taiping pada tahun 1881 dan meningkatkan kemudahan infrastruktur Taiping sebagai ibu negeri Perak ketika itu.
Kemudahan ini termasuklah jalan raya, industri, perlombongan, bangunan pentadbiran, sekolah dan sebagainya.
Sumber: Sinar Harian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment