Pekan Padang Rengas (imej dari warisan-labusayong.com.my) Padang Rengas adalah sebuah pekan kecil yang terletak di negeri Perak.
Bandar atau pekan yang berhampiran ialah Kuala Kangsar, Bukit Berapit, Kampung Lubok Merbau dan Pokok Assam, Taiping.
Nama Padang Rengas dikatakan diambil dari nama pokok Rengas yang banyak tumbuh di kawasan ini satu ketika dahulu.
Terdapat beberapa kawasan pelancongan dan rekreasi di Padang Rengas iaitu kawasan perkelahan Batu Hampar, Kampung Paya Lintah dan Perusahaan Kraftangan Tembikar Labu Sayong Paya Lintah.
Sumber: Sinar Harian
No comments:
Post a Comment