Apa yang dikatakan gempa bumi?
Kekuatan gempa bumi diukur menggunakan mesin seismograf (gambar) dan direkodkan ukurannya dalam skala Richter antara 1.0 hingga 10.0.
Gempa bumi pada ukuran 1.0 skala Richter memang terlalu kecil yang boleh berlaku setiap hari dan biasanya tidak dirasai manusia.
Ukuran dari 7.0 hingga 10.0 pada skala Richter ialah gempa bumi paling kuat yang berlaku dalam masa 10 hingga 20 tahun, menurut Pusat Maklumat Rakyat Jabatan Penerangan Malaysia.
PMR yang boleh diakses secara online itu turut memasukkan maklumat mengenai bagaimana kita harus bersedia untuk gempa bumi dan apa yang harus kita lakukan semasa berlaku gempa bumi.
Secara terperinci ia menyenaraikan tindakan yang boleh diambil sekiranya anda berada di dalam bangunan ketika gempa bumi berlaku, sekiranya anda dalam bangunan tinggi, di laluan dekat bangunan, di dalam kereta yang bergerak dan apa yang harus dilakukan selepas gempa bumi.
Setakat ini Jabatan Meteorologi memberi jaminan tiada ancaman gempa bumi bermagnitud tinggi yang dijangka berlaku di negara ini namun tidak salah membaca panduan itu untuk pedoman dan menambah pengetahuan.
Sumber: Sinar Harian, Bernama
No comments:
Post a Comment