"Orang mukmin yang kuat adalah lebih baik dan dikasihi Allah daripada orang mukmin yang lemah. Bagaimanapun kesemuanya mempunyai kebaikan masing-masing. Carilah perkara yang memberi faedah, dan mintalah pertolongan Allah, dan janganlah merasa lemah. Sekiranya sesuatu bencana menimpa diri kamu maka janganlah kamu berkata, "kalau saya buat begini nescaya tidak terjadi begini", tetapi hendaklah kamu berkata "takdir Allah" dan "apa yang dikehendaki Allah terjadilah". Sesungguhnya perkataan 'kalau' itu membuka pintu perbuatan Syaitan".
(Dikeluarkan oleh Muslim)
Kesimpulan dan pengajaran
- Hendaklah sentiasa menguatkan iman yang merupakan tunjang kehidupan orang Islam. Iman bertambah atau berkurang mengikut banyak atau sedikitnya amalan.
- Orang mukmin yang gagah adalah lebih dikasihi Allah. Mukmin yang kuat tidak boleh dipengaruhi oleh orang lain, dan ia tetap akan dapat mempertahankan yang hak.
- Orang mukmin hendaklah sentiasa melakukan segala yang memberi faedah kepada dirinya dan masyarakatnya.
- Berpegang teguh kepada ajaran Allah dalam seumur hidupnya. KepadaNya sahaja tempat kita berlindung dan memohon pertolongan.
- Orang mukmin diberi peringatan bahawa Syaitan sentiasa menunggu peluang untuk memasukkan pengaruhnya, sekalipun dengan kata-kata yang paling mudah.
No comments:
Post a Comment