Pengikut dan Ex-smgrian

Tuesday, October 6, 2009

Che Ngah Ibrahim

Che Ngah Ibrahim di hadapan Kota Ngah Ibrahim (imej dari lipis-zaini.blogspot.com)

Che Ngah Ibrahim adalah anak kepada Che Long Jaafar yang memerintah daerah Larut. Beliau mewarisi kekayaan bapanya di Larut yang juga seorang jutawan berpengaruh di negeri Perak.

Bagi melindungi kekayaannya, beliau mendirikan sebuah rumah besar yang dinamakan Kota Ngah Ibrahim.

Beliau membawa masuk buruh dari China untuk mengusahakan lombong bijihnya sehingga membawa kepada wujudnya kumpulan kongsi gelap.

Pergolakan yang berlaku akhirnya membawa kepada Perang Larut Pertama antara kongsi gelap Hai San dan Ghee Hin. Perang Larut telah menyebabkan kerugian yang banyak.

Sultan Jaafar Muazzam Shah melalui Laksamana Muhammad Amin iaitu mertua Che Ngah Ibrahim menitahkan Che Ngah Ibrahim membayar ganti rugi akibat peperangan tersebut.

Sebagai balasannya, baginda mengurniakan gelaran Orang Kaya Menteri kepada Che Ngah Ibrahim pada tahun 1864.

Sumber: Sinar Harian

No comments: