Pengikut dan Ex-smgrian

Thursday, October 1, 2009

Datuk Seri Maharaja Lela

Datuk Seri Maharaja Lela adalah gelaran yang berasal dari Melaka.

Di Perak, Datuk Seri Maharaja Lela adalah Ketua Orang Besar Kelapan dan berkuasa menghukum pesalah serta bertanggungjawab mempertahankan rajanya daripada sebarang ancaman.

Beliau mempunyai sumber pendapatan daripada hasil kutipan cukai wilayah penguasaannya di Pasir Salak hingga ke Sungai Dedap.

Frank Swettenham dalam bukunya 'Stories and Sketched' mencatatkan Datuk Seri Maharaja Lela adalah seorang pembesar gagah dan mempunyai kedudukan yang tinggi.

Beliau menduduki tempat ketujuh dalam susunan ke kanan daripada kedudukan Sultan Abdullah.

Beliau mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Rasiah.

Datuk Seri Maharaja Lela dijatuhi hukuman mati kerana terbabit dalam kes pembunuhan James Wheller Woodfird Birch (JWW Birch), Residen Pertama Perak.

Sumber: Sinar Harian

No comments: